fbpx
Now Reading
Jodoh Tak Kesampaian, Lelaki Maut & Tunang Parah Kereta Langgar Besi Penghadang Jalan

Jodoh Tak Kesampaian, Lelaki Maut & Tunang Parah Kereta Langgar Besi Penghadang Jalan

Mangsa maut di tempat kejadian manakala tunangnya cedera parah di bahagian kepala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hajat untuk berkahwin tidak kesampaian apabila seorang lelaki maut manakala tunangnya cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 17.3 Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) Arah Utara dekat Nilai pada petang semalam (20 April).

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang, Mangsa Muhammad Sofian Sahar, 25, yang merupakan seorang pekerja kilang telah tersepit di tempat duduk pemandu dan cedera parah pada bahagian kepala.

Mangsa kemudian disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, insiden itu turut menyebabkan tunang kepada lelaki tersebut cedera parah di bahagian kepala.

Pemandu hilang kawalan

Foto: FB Sofian Sahar

“Siasatan awal mendapati kejadian membabitkan sebuah kereta Proton Pesona yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama tunangnya yang juga berusia 25 tahun.

“Mereka dalam perjalanan dari arah Seremban ke Nilai. Apabila sampai di lokasi perhampiran susur masuk ke Nilai, pemandu Proton Persona dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan,” jelasnya.

Menurutnya, mangsa lelaki itu disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dikeluarkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin dan dengan bantuan BBP Seremban dan penumpang iaitu tunang mangsa dilaporkan parah di bahagian kepala.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat. Mangsa wanita dihantar ke hospital sama untuk dirawat

“Kemalangan ini masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ulasnya ketika dihubungi media.

Rakan turut bersedih atas pemergian mangsa

Menjengah di laman Facebook, rakan mangsa turut meluahkan rasa sedih akan berita pemergian mangsa serta mendoakan mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Foto: FB Danial Aqib

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.