fbpx
Now Reading
Treler Terbabas & Rempuh 11 Kenderaan Gara-gara Elak Kereta Mercedes Tukar Laluan [Video]

Treler Terbabas & Rempuh 11 Kenderaan Gara-gara Elak Kereta Mercedes Tukar Laluan [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub insiden tersebut berlaku dipercaya selepas sebuah kereta Mercedes Benz mengubah laluannya dari lorong tengah ke kanan hingga menyebabkan treler tak dapat mengelak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (25 Mac), tular satu video dashcam di media sosial memaparkan insiden kemalangan membabitkan treler dan juga kenderaan lain di Kilometer 11.1 Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling, Johor.

Menerusi video tersebut, kelihatan treler berkenaan berada di arah bertentangan sebelum dilihat terbabas dan merempuh sejumlah kenderaan yang berada di laluan kanan.

Insiden babitkan 8 kereta dan 3 lori, Mercedes ubah laluan menyebabkan treler tak dapat elak sebelum terbabas

Menurut pihak polis insiden yang membabitkan 12 kenderaan itu berlaku sekitar jam 4.20 petang, pada 25 Mac.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan insiden itu melibatkan sebanyak lapan kereta, tiga lori dan sebuah treler.

“Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz warna hitam dari arah Perling yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an telah mengubah haluan dari lorong tengah masuk ke lorong kanan hingga menyebabkan treler yang dipandu lelaki berusia 40-an di lorong kanan tidak dapat mengelak lalu melanggar kenderaan tersebut,” katanya.

Treler terbabas dan langgar kenderaan yang sedang berhenti, tiga pemandu cedera ringan

Menurut beliau, perkara itu telah menyebabkan treler berkenaan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar 10 kenderaan yang ketika itu sedang berhenti di laluan bertentangan.

Ekoran daripada kejadian kemalangan itu, tiga pemandu mengalami kecederaan ringan seperti luka di bahagian muka dan mereka kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis dalam pada itu turut meminta saksi yang melihat insiden tersebut tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan kepada pihak polis atau hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014 6977 122.

Selain video tersebut, tular satu lagi rakaman dashcam dari sebuah kenderaan berbeza memaparkan situasi cemas salah seorang pemandu selepas dirempuh treler berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.