fbpx
Now Reading
Wanita Dapat Kereta Proton X50 Dari Majikan Selepas 10 Tahun Berkhidmat

Wanita Dapat Kereta Proton X50 Dari Majikan Selepas 10 Tahun Berkhidmat

Menurut wanita berkenaan dia bersyukur kerana diberi banyak peluang sepanjang 10 tahunbekerja di TianSi, malah syarikat itu sanggup menajanya ke kursus yang bernilai ribuan ringgit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang sudah bekerja pastinya mengimpikan majikan atau syarikat yang mampu menjaga pekerjanya dengan baik.

Malah pentadbiran yang bagus akan membuatkan pekerja rasa selesa dan suka untuk berkhidmat bagi tempoh yang lama sekali gus menguatkan semangat mereka untuk memajukan syarikat.

Wanita dapat hadiah Proton X50 lepas 10 tahun bekerja

Baru-baru ini, seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat menjual barang kemas di Johor Bahru, TianSi Jewellery telah berkongsi kegembiraannya apabila menerima sebuah kereta jenis Proton X50 sebagai hadiah selepas 10 tahun berkhidmat.

Menerusi hantaran wanita itu di Xiaohingshu, dia bersyukur kerana berkhidmat dengan syarikat yang bagus dan majikannya juga sanggup melakukan apa sahaja demi menunaikan janji kepada pekerja.

Dapat banyak peluang, syarikat sanggup hantar kursus dengan kos ribuan ringgit

Katanya lagi sepanjang 10 tahun berkhidmat di syarikat itu dia juga diberi peluang yang luas. Malah syarikat itu turut menajanya ke kursus yang menelan belanja sehingga ribuan ringgit.

Tambahnya lagi, dia juga berpeluang untuk melancong ke beberapa tempat yang dibayar sepenuhnya oleh majikan. Malah mereka turut memberi ‘duit belanja’ kepadanya.

“Saya benar-benar berpuas hati dengan kehidupan saya kini, kerana dengan bekerja di syarikat ini, saya dapat membeli dua flat dan dua kereta atas nama saya. Bukan hanya itu, saya juga dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarga,” ujarnya, dipetik mothership.

Untuk makluman, kenderaan tersebut diterima pekerja wanita berkenaan pada 13 Mac lalu.

Syarikat barang kemas luah kecemerlangan perlu diraikan bersama, Proton X50 bukan sekaar simbol terima kasih

Di laman LinkedIn, syarikat barang kemas itu berkata kecemerlangan tidak hanya diiktiraf bahkan perlu untuk diraikan bersama.

“Hari ini, kami sayang teruja untuk mengumumkan bahawa salah seorang ahli pasukan kami telah memiliki Proton X50 yang baharu dan ia sebagai pengiktirafan terhadap usaha kerasnya dan sumbangan beliau kepada syarikat,” katanya.

Menurut TianSi lagi, kereta yang dihadiahkan itu bukan hanya simbol terima kasih pihaknya kepada sumbangan pekerja tetapi ia adalah budaya pelaburan kepada pasukan.

“Kisah mereka memberi inspirasi kepada setiap daripada kita, mengingatkan kita bahawa melalui kerjasama, inovasi dan komitmen, segala-galanya boleh dilakukan.

“Di TianSi, kami komited untuk mewujudkan persekitaran di mana semua orang rasa dihargai, diinspirasi dan diiktiraf.

“Dengan meraikan detik seperti ini, kami bukan sahaja menunjukkan rasa hormat kepada pencapaian tetapi turut mempamerkan budaya dan nilai korporat kami kepada dunia.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.