fbpx

Treler Terbabas Hingga Masuk Laluan Bertentangan, Proton X70 Jadi Perhatian Ramai [Video]

Insiden membabitkan treler yang terbabas sehingga ke arah bertentangan itu secara tidak langsung menarik perhatian ramai terhadap prestasi Proton X70 yang sempat berhenti meskipun berada di laluan yang laju.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali berada di jalan raya kita sering kali dinasihatkan untuk berhati-hati dan memandu dengan cermat.

Namun kemalangan jalan raya tidak hanya berpunca dari sikap segelintir pengguna yang mementingkan diri tetapi ia juga boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kenderaan itu sendiri.

Sebagai contoh kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga boleh membuatkan seseorang boleh terlibat dalam kemalangan seperti brek gagal berfungsi, kereta terbakar serta banyak lagi.

Treler terbabas di lebuh raya sehingga masuk ke arah bertentangan

Baru-baru ini, tular satu video di laman X memaparkan sebuah treler yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan kilometer 286.8 (arah selatan) sehingga memasuki arah bertentangan dan menyebabkan kemalangan pada kenderaan lain.

Menerusi rakaman dashcam dari arah sebelah kiri, awalnya treler berkenaan berada di laluan bertentangan.

Namun secara tiba-tiba ia telah terbabas sehingga merempuh palang pembahagi lebuh raya terbabit sebelum memasuki laluan bertentangan.

Menurut Plus di laman X, insiden tersebut telah berlaku pada 16 April lalu jam 9.15 pagi di antara laluan Nilai ke Putra Mahkota. Insiden itu menyebabkan lorong kanan, kiri dan sebahagian lorong tengah terhalang.

Proton X70 jadi perhatian sempat berhenti walau sedang laju

Meskipun sebuah kereta Proton X70 yang berada di laluan kanan berjaya menghentikan kenderaannya namun sebuah kereta berwarna putih dilihat remuk dipercayai disebabkan perlanggaran dengan treler terbabit.

Namun tidak diketahui kereta putih tersebut dari laluan mana.

Tindakan Proton X70 yang sempat berhenti ketika insiden berlaku telah menarik perhatian orang ramai yang memuji prestasi jenama kereta tersebut.

Ini kerana, sebelum ini tular satu video memaparkan Proton X50 Flagship yang juga berdepan situasi sama apabila kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba dipercayai terlepas lorong susur keluar. Namun sistem keselamatan kereta berjaya memperlahankan kenderaan sebelum pemandu menukar lorong lain.

Malah ada yang mengatakan kejadian itu secara tidak langsung menunjukkan jenama kenderaan itu adalah luar biasa kerana mempunyai sistem kendalian dan sistem brek yang bagus.

Baca artikel berkaitan: “Nasib Ada ADAS” – Proton X50 Berjaya Elak Kemalangan Selepas Saga Terlepas Simpang Berhenti Mengejut [Video]

Ada yang minta pihak berkuasa pantau kenderaan berat

Sementara itu, ada juga yang meminta pihak berkuasa untuk memantau kenderaan berat dan memastikan ia telah diselenggara dengan baik. Ini kerana banyak kes kemalangan membabitkan kenderaan berat berlaku di jalan raya.

Namun ada juga yang berpendapat mungkin pemandu treler berkenaan berdepan masalah kesihatan sehingga menyebabkan dia terbabas.

“Sejak akhir-akhir ni nampak performance kereta Proton ni luar biasa betul eh”

“Tu X70 ke? Mantap eh. Sebelum ni X50 dah perform. Lepas ni laku keras lah Proton”

“Banyak kes lori ni. Semalam baru je satu terbalik lepas Nilai”

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kena pantau lori-lori yang bawa muatan lebih dan keuzuran lori”

“Serangan jantung ke?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.