“Nasib Ada ADAS” – Proton X50 Berjaya Elak Kemalangan Selepas Saga Terlepas Simpang Berhenti Mengejut [Video]
Difahamkan, kejadian Proton X50 Flagship berjaya mengelak kemalangan itu berlaku ketika 1 Syawal tahun lalu (22 April) di Lebuhraya PLUS menghala ke utara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di zaman ini, kebanyakan kenderaan model baharu sudah dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan untuk membantu pemandu sekiranya berlaku sebarang insiden yang tak diingini.
Malah, ada sesetengah sistem teknolgi keselamatan yang canggih mampu mengawal kenderaan dengan sendirinya.
Tular rakaman Proton X50 Flagship berjaya elak kemalangan kerana ADAS
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan sebuah Proton X50 TGDi Flagship berjaya mengelak daripada berlaku kemalangan dengan bantuan ciri keselamatan ADAS (Advanced Driving Assistance System).
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @eazyizzudin, pemilik kereta terbabit yang dikenali sebagai Izzuddin berkata bantuan ADAS menyebabkan kenderaannya membrek dan mengawal steering dengan sendirinya.
“Aku dekat belakang dah gelabah dan ‘blur’. Hampir langgar kereta keluarga, nasib ada AEB (Autonomous Emergency Braking) dan ADAS auto elakkan pelanggaran kereta.
“Bergolek kitorang dalam kereta. Serius masa ini dah reda kena langgar. Alhamdulilah syukur ada EAB/ADAS Proton X50 Flagship. Tahu-tahu steering bergerak sendiri dan brek kecemasan,” katanya.
Menurutnya, kejadian terbabit berlaku ketika 1 Syawal tahun lalu (22 April 2023) di Lebuhraya PLUS menghala ke utara, namun baru dimuat naik semalam (11 April) sebagai pengajaran dan iktibar.
Kejadian berpunca kerana Proton Saga ‘reverse’ di lebuh raya akibat terlepas simpang
Menerusi video tersebut, kejadian terbabit berlaku selepas sebuah Proton Saga (Saga Kebal) berwarna hitam berhenti di lorong kiri lebuh raya terbabit dan berundur ke belakang dipercayai kerana terlepas simpang susur keluar.
Tindakan pemandu Proton Saga terbabit menyebabkan sebuah Honda HRV di belakang yang dipandu adik Izzuddin terpaksa berhenti secara mengejut.
Ramai puji sistem ADAS Proton X50 Flagship
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji sistem ADAS yang terdapat pada Proton X50 Flagship terbabit.
Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga mengecam tindakan Proton Saga berkenaan yang mengundurkan kenderaan daripada bergerak ke hadapan dan mencari susur keluar lebuh raya yang lain.