fbpx
Now Reading
Anggota Bomba Jelaskan Kenapa Penting Pegang Stering Dengan Betul Ketika Memandu [Video]

Anggota Bomba Jelaskan Kenapa Penting Pegang Stering Dengan Betul Ketika Memandu [Video]

Menurut anggota bomba berkenaan cara memegang stering yang tidak betul seperti ‘roti canai’ boleh menyebabkan pemandu mengalami kecederaan apabila beg udara keluar semasa berlaku kemalangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang ingin memandu kenderaan seperti kereta wajib menghadiri kelas memandu sebelum mendapatkan lesen.

Ini kerana sepanjang kelas memandu, anda akan diajar beberapa langkah keselamatan seperti jarak kenderaan yang sesuai dengan kereta di hadapan, penggunaan cermin sisi, cara memegang stering yang betul dan banyak lagi.

Setiap perkara yang diajar ini adalah penting untuk keselamatan pemandu termasuklah pengguna jalan raya lain bagi mengelakkan daripada berlaku kemalangan.

Anggota bomba jelaskan kenapa tak boleh pegang stering kereta seperti roti canai

Baru-baru ini, seorang anggota Bomba dan Penyelamat telah menasihatkan orang ramai untuk memegang stering kenderaan seperti yang telah dipelajari sewaktu kelas memandu.

Cara memegang stering yang diajar kebiasaannya dipanggil 10:2 atau 3:9 yang bermaksud tangan mengikut seperti nombor yang ada pada jam.

Menerusi video yang tular di X (Twitter) anggota itu mengingatkan orang ramai agar mengelakkan daripada membuat teknik roti canai (memusing stering dalam keadaan kedua tangan seperti sedang membuat roti canai).

“Sebab tu kalau kita belajar memandu, kita pusing stering 10:2 atau 3:9 kan. Sebab apa tak boleh roti canai?

“Kalau kita amalkan (cara memegang stering) roti canai kalau kecemasan keluar beg udara (air bag) boleh melekat tangan pada dahi,” katanya sambil menunjukkan demonstrasi.

Boleh undang bahaya dan kecederaan jika beg udara keluar

Ujarnya lagi, wujud juga segelintir pemandu yang meletakkan tangan di bahagian tengah stering adalah suatu perkara yang bahaya.

Jelas anggota itu, sekiranya beg udara keluar disebabkan kemalangan dan sebagainya ia boleh menyebabkan jari pemandu patah.

“Bila dah kecemasan seperti tertidur, namun sudah jadi tabiat memandu macam ni (gaya memegang stering) terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan dan menyebabkan beg udara keluar, jadi habislah jari patah.

“Elok-elok tak ada sakit, patah jari, sebab tu orang tak bagi roti canai,” katanya lagi.

Foto: Sekadar hiasan (Pexels)

Boleh jadi punca kecederaan serius

Tambahnya lagi, meskipun seseorang itu hebat memandu, tetapi kenderaan mempunyai sistem beg udara, ia masih bahaya untuk melakukan gaya tersebut.

Perkara itu juga boleh menyebabkan kepala mengalami kecederaan disebabkan terkena tangan sendiri.

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dan menggesa pemandu agar pastikan jari memegang stering dengan betul agar mudah untuk dikendalikan.

Ada juga memaklumkan sewaktu mereka menghadiri kelas memandu sebelum ini, perkara itu tidak dijelaskan secara terperinci betapa pentingnya cara memegang stering dengan teknik yang betul.

“Tangan jangan halang posisi air bag ke?”

“Saya sokong airbag, airbag tak salah. Yang salah cara pemandu bawa kereta”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.