
‘Selamba Je!” – Pekerja Restoran Nasi Kandar Didakwa Pakai Spenda Ketika Di Dapur
Menerusi video berkenaan, kelihatan pekerja itu segera bangun sebaik menyedari dirinya dirakam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui setiap peniaga makanan perlu mematuhi peraturan pengendalian makanan yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Malah peniaga dan juga pekerja juga dinasihatkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan agar mereka mengetahui cara pengendalian yang bersih dan berkualiti ketika menyediakan makanan termasuklah etika pemakaian.
Ini kerana, cara pengendalian yang tidak bersih boleh menyebabkan pelanggan mengalami keracunan makanan seperti sakit perut, muntah, dan sebagainya sehingga boleh mengancam nyawa.
Pekerja kedai makan nasi kandar tak pakai baju
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang individu yang didakwa pekerja di sebuah restoran nasi kandar dipercayai di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah yang tidak berpakaian ketika sedang berada di premis tersebut.
Menerusi video yang tular kelihatan lelaki berkenaan seperti duduk di bahagian belakang pintu dapur dengan hanya berseluar dalam berwarna hitam.
Bangun sebaik sedar diri dirakam
Dia kemudian dilihat bingkas bangun sebaik menyedari dirinya dirakam.
Malah menerusi suara di dalam video berkenaan, kedengaran si perakam ingin memanggil pihak KKM sejurus melihat keadaan itu.
Tu diaaaa pakai spenda je weiii. Pekerja kedai nasi kandar kat Malaysia ni semua dari negara busuk so tak heran la dia orang macam ni. pic.twitter.com/gi3eecMARP
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 7, 2023
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai yang melihat video tersebut berasa geli.
Malah ada yang menyarankan untuk memboikot kedai berkenaan, tidak kurang juga ada yang berseloroh mengenai kejadian itu.
“Sedap.. pekerja asing masak. Kadang-kadang kalau buat roti canai penuh dengan peluh. Tebar roti kena lengan, kekadang kuku pun hitam”

“Bagitahulah nama kedai, jadi kami semua boleh tahu dan elak dari pergi sana”

“Korang pergi dapur mesti geli geleman”
