Pembantu Jurulatih Selam Skuba Didakwa Cabul Pelancong Wanita China Ditahan Polis

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukkan kelakuan tidak senonoh pembantu jurulatih skuba terhadap seorang pelancong wanita China ketika sedang melakukan aktiviti terbabit.

Susulan itu, pihak polis telah bertindak menahan suspek lelaki yang berusia 27 tahun itu kerana disyaki melakukan perbuatan cabul terhadap wanita berkenaan.

Suspek ditahan selepas mangsa buat laporan polis

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Asisten Superintendan Arif Abdul Razak, lelaki terbabit ditahan di sebuah penginapan atas air di Semporna, Sabah selepas mangsa membuat laporan pada jam 10.03 pagi, Sabtu lalu (6 Mei).

Jelas Arif, mengikut keterangan mangsa yang berumur 25 tahun itu, kejadian dikatakan berlaku kira-kira 1 tengah hari Jumaat (5 Mei).

“Mangsa mendakwa dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam skuba (Divemaster) ketika melakukan aktiviti selam skuba di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di sini (Semporna),” katanya menerusi kenyataan media semalam (8 Mei).

Menurutnya lagi, sejurus membuat laporan, pelancong wanita tersebut terus bergerak ke Lapangan Terbang Tawau sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung penerbangan pulang ke negara asalnya.

Suspek ditahan reman 5 hari untuk siasatan lanjut

Berkongsi lanjut, Arif berkata suspek yang bekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba itu ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Mei depan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya lagi.

Tular video lelaki cium pelancong wanita ketika skuba

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang lelaki mencium seorang wanita ketika sedang melakukan aktiviti skuba.

Selain itu, turut ditularkan adalah tangkap layar perbualan suspek bersama mangsa dan gambar laporan polis.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

5 hours ago