Tiket Sehala Ke Sabah, Sarawak Sempena Pesta Kaamatan & Gawai Maksimum RM300 – Anthony Loke

Kerajaan bersetuju memberi bantuan subsidi tiket penerbangaan dengan membeli semua baki tiket sehala ke Sabah dan Sarawak untuk dijual pada harga tidak melebihi RM300 bermula 20 Mei ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, usaha ini adalah untuk membantu rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung dan mahu pulang ke kampung halaman bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan pada 30 Mei dan Hari Gawai pada 1 Jun ini.

Difahamkan tawaran ini melibatkan jadual penerbangan dalam tempoh tiga hari sebelum sambutan dua perayaan itu. Namun harga yang ditawarkan tidak termasuk cukai dan fi.

“Kementerian Pengangkutan telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk satu program perintis di mana Kerajaan akan membeli semua baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak semasa tempoh tiga hari perjalanan sebelum tarikh sambutan kedua-dua perayaan tersebut.

“Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi laluan-laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak akan ditetapkan sebanyak maksimum RM300 atau mengikut harga sebenar tambang sekiranya harga tiket tersebut kurang daripada RM300.

“Harga ini tidak termasuk cukai dan fi,” kata Loke dalam satu kenyataan di Facebook.

Penetapan harga bermula 20 Mei 12:01 pagi

Tambah Ahli Parlimen Seremban itu lagi, penetapan harga tambang tetap akan dilaksanakan bermula jam 12:01 pagi, 20 Mei 2023.

“Orang ramai boleh membeli tiket melalui laman sesawang syarikat-syarikat penerbangan mulai tarikh tersebut,” kata Loke.

Memetik laporan Berita Harian, setakat semalam (17 Mei) baki tiket penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 17,708 tiket seperti yang dimaklumkan Loke.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago