“Boleh Guna Aplikasi” – Isu Azan, Peguam Persoal Keperluan Guna Pembesar Suara Yang Kuat

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai laungan azan menggunakan pembesar suara antara topik yang banyak diperbahaskan di media sosial.

Ianya susulan penularan satu video yang memaparkan pertikaman lidah antara beberapa individu sewaktu mesyuarat Badan Pengurusan Bersama (JMB) di sebuah kondominium di Tanjong Tokong, Pulau Pinan berhubung isu semasa di sana.

Ketegangan itu timbul selepas pihak JMB mengutarakan isu pembesar suara di surau kondominium berkenaan.

Ia bagaimanapun selesai dengan baik hasil perbincangan di antara JMB dan pengurusan surau bersama Jabatan Agama Islam Daerah Timur Laut.

Pengerusi JMB kondominium Tri Pinnacle, Alex Low turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penduduk beragama Islam dan umat Islam di Malaysia berhubung isu yang timbul.

Sehubungan itu ada di kalangan umat Islam yang memberi peringatan agar perkara ini tidak berulang dan dibangkitan lagi kerana dikhuatiri boleh menjadi punca perbalahan dalam kalangan rakyat Malaysia

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Tiada Niat” – Kes Larang Laungan Azan Di Tanjung Tokong, Pengerusi JMB Kondominium Mohon Maaf [Video]

Terbaharu seorang peguam mempersoalkan keperluan menggunakan pembesar suara yang kuat dalam melaungkan azan.

Peguam itu menerusi satu bebenang di Twitter berpendapat notifikasi penggera dan laungan azan di dalam aplikasi sudah memadai untuk mengajak umat Islam mendirikan solat.

“Adakah kita benar-benar memerlukan pembesar suara yang lebih kuat untuk azan sedangkan kebanyakan orang Islam moden (kini) boleh menggunakan aplikasi untuk mengingatkan kita tentang azan di dalam rumah kita?

“Dengan jam mewah. Sesetengah orang tidak akan terjaga dengan bunyi (tido mati) tetapi bangun dengan getaran atau penggera telefon,” soalnya.

Kenyataan yang dikeluarkan pengamal undang-undang beragama Islam ini bagaimanapun kurang disenangi sesetengah pengguna Twitter di mana ramai berpendapat bahawa pembesar suara tetap diperlukan sewaktu azan dilaungkan.

Malah ada yang berpendapat bunyi azan dari pembesar suara membuatkan jiwa mereka berasa tenang.

Namun ada juga yang bersetuju dan merasakan bunyi pembesar suara boleh dilaraskan mengikut kesesuaian kawasan.

Bolehkah hanya menggunakan aplikasi untuk azan?

Persoalannya bolehkah hanya menggunakan aplikasi atau rakaman suara untuk azan?

Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutan, azan merupakan zikir yang khusus dan mempunyai peranan yang amat penting bagi menzahirkan syiar Islam.

Islam mensyariatkannya sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardhu serta menyeru orang Islam bersama menunaikan solat. 

Berhubung persoalan menggunakan rakaman suara, pejabat mufti mengutip fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah di mana Syeikh ‘Athiyah Saqar menyebut: Tidak memadai rakaman azan atau azan radio bagi menggantikan tuntutan melaungkan azan kerana kaum Muslimin dituntut agar melaungkan azan apabila masuk waktu solat sebagaimana perintah Nabi SAW:

الإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ ، اللَّهُمَّ أَرْشِدِ الأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ

MaksudnyaImam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imam-imam dan ampunilah tukang azan.

Tidak memadai azan dengan alat rakaman

Kesimpulannya, tidak memadai azan dengan menggunakan alat rakaman atau radio bagi menggantikan tuntutan melaungkan azan apabila masuknya waktu solat berdasarkan nas dan hujah yang disebutkan.

“Justeru, hendaklah seupaya mungkin setiap tempat melaksanakan azan sebagaimana yang dilakukan oleh salafus soleh yakni dengan seorang Islam yang cukup syaratnya dan bukan dengan tasjil atau alat perakam suara. Pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam hendaklah memberi keutamaan untuk melantik mana-mana bilal dalam melaksanakan ibadat azan sebagai syiar agama di satu-satu tempat.”

Azan wajib kerana syiar Islam – UAI

Bahkan menurut Ustaz Azhar Idrus penggunaan pembesar suara bagi azan bertujuan untuk menyebarkan syiar Islam. Justeru ia adalah perkara wajib untuk penganut agama Islam.

Malah, Islam lebih mensyariatkan penggunaan tahap suara lebih kuat bagi azan.

Recent Posts

  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

25 mins ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

3 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

17 hours ago