Boleh Jana Pendapatan Lumayan, Ada Ibu Bapa Paksa Anak Belajar Bidang STEM

Ketika ini, bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kurang mendapat tempat di hati pelajar. Ini kerana kebanyakan mereka lebih berminat untuk memilih aliran sastera dan kemanusiaan berbanding bidang tersebut.

Berdasarkan data daripada Pusat STEM Negara menunjukkan pada tahun 2022, hanya 47% pelajar yang berada dalam bidang STEM manakala 19% mengambil jurusan Sains Tulen.

Situasi ini amat membimbangkan kerana pada masa hadapan negara boleh berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang STEM.

Bidang STEM Boleh Jana Pendapatan Lumayan

Menyedari cerahnya masa hadapan jika terlibat dengan bidang STEM, ada sesetengah ibu bapa yang memaksa anak untuk menceburi bidang tersebut bermula dari pemilihan subjek di sekolah menengah.

Mereka berpendapat bidang ini boleh menjana pendapatan dan gaji yang ditawarkan lebih lumayan berbanding bidang yang lain.

Menurut Hasrul yang merupakan seorang bapa dan bekerja sebagai jurubina, dia memaksa anaknya mengambil aliran sains walaupun ditentang oleh anaknya yang berusia 16 tahun.

Beliau berpendapat bidang STEM mempunyai masa depan yang cerah dan peluang pekerjaan yang luas berbanding bidang lain.

“Bidang sains memang luas dan jika dipelajari dengan serius, mereka tidak akan ‘papa’ di kemudian hari, banyak peluang pekerjaan menanti,” katanya dipetik dari Kosmo.

Keputusan yang dibuatnya juga adalah berdasarkan pengalaman lalu di mana dia melihat ibu bapanya berhadapan dengan masalah kewangan semasa tempoh membesarkan dirinya.

“Ada sebab saya pilih subjek ini. Pertama, cukuplah dia lihat ibu bapanya sendiri berdepan cabaran kewangan ketika ini saat membesarkan mereka.” katanya.

Tidak mahu kisahnya berulang kembali, dia mengambil langkah dengan memaksa anaknya yang merupakan pelajar sekolah berprestasi tinggi untuk memilih aliran sains.

“Berhutang dan bergolok gadai untuk kelangsungan hidup. Kami tidak mahu anak-anak merasai keperitan hidup seperti kami,” ujarnya lagi.

Bidang STEM Mempunyai Nilai Standard Yang Tinggi

Seorang bapa yang dikenali sebagai Addin, 40, berpendapat bidang STEM mempunyai nilai standard yang tinggi selain gaji yang besar.

“Jenuh saya pujuk anak untuk pilih subjek ini, makan masa juga untuk dia terima. Banyak skop pekerjaan berkaitan STEM selain nilai gajinya yang besar,” katanya.

Kerana itu, dia memaksa anaknya untuk menceburi bidang tersebut dan mahu anaknya mencipta kejayaan di peringkat lebih tinggi selain menjana pendapatan yang lumayan.

“Gaji pokok sebanyak RM2,500 untuk 10 tahun akan datang se­perti nilai RM500, percayalah,” ujarnya.

Berdasarkan Buku Panduan Gaji Permulaan 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM), gaji pokok permulaan bagi seorang Jurutera, Akauntan dan Eksekutif Teknologi Maklumat adalah RM2,460.

Foto: KSM
Foto: KSM
Foto: KSM

Manakala menerusi laman web JobStreet, kadar gaji yang ditawarkan bagi seorang Pegawai Teknologi Maklumat adalah di antara RM2,200 hingga RM3,000 manakala bagi jawatan Jurutera dan Akauntan adalah sekitar RM3,200 hingga RM5,800.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia-United Kingdom Selesai Tandatangani MoU Untuk Kerjasama Bidang Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Sains Adalah Sihir, Boleh Rosakkan Akidah [Video]

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

9 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

9 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

10 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

11 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

13 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

13 hours ago