PDRM Buru Sekumpulan Lelaki Menyamar Jadi Polis, Siap Guna Lampu ‘Beacon’ Pada Kereta [Video]

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan berwarna silver yang menggunakan lampu ‘beacon’ seperti polis dipercayai di lebuh raya.

Menerusi video tersebut kelihatan penumpang sebelah pemandu sedang memegang lampu berkenaan sambil mengarahkan si perakam yang menaiki kenderaan lain untuk berhenti.

Di dalam kenderaan berlampu itu juga kelihatan beberapa individu lain dan mereka dipercayai menyamar menjadi polis untuk menyamun kereta yang sedang dikejarnya.

@miyomiyo123

#sharingiscaring mohon share supaya semua ambil tahu dan kita terselamat dari penyangak menyamar sebagai polis untuk menyamun & merompak. Kejadian 5/6/2023 di Kulai Highway Johor. Bila ada polis tahan macam ni jangan berhenti. Polis hanya guna kereta pasukan PDRM ketika bertugas. Tak ada polis gila tahan orang macam samseng macam ni. Jangan berhenti. Terus ke tempat orang ramai atau cari balai polis berdekatan. Jangan panik. Semoga kita dilindungi dari ancaman penjenayah #fyp #fypシ #viral #fypviralシ #fypviral

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Polis kesan sekumpulan lelaki menyamar jadi polis buat cubaan menyamun

Terbaharu, pihak polis memaklumkan mereka sedang mengesan kenderaan yang tular di dalam video itu

Difahamkan cubaan suspek untuk menahan kenderaan mangsa berlaku di kilometer (KM) 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara pada Isnin (5 Jun).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman menyatakan pada jam sekitar 1.54 petang seorang pengadu yang merupakan anggota polis telah membuat aduan berhubung video yang tular di Facebook memaparkan mangsa sedang dikejar kenderaan terbabit.

Mangsa dari Singapura dalam perjalanan ke Genting Highland

Difahamkan mangsa ketika kejadian itu berlaku sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highland melalui lebuh raya tersebut.

Jelasnya, suspek dipercayai 3 individu lelaki memakai pelitup muka dan menggunakan lampu ‘beacon’ biru seperti yang digunakan pihak polis telah cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa berhenti.

Mangsa belum buat laporan polis

Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan masih belum tampil ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian.

“Polis Kulai dalam usaha untuk mengesan pemilik kenderaan untuk siasatan lanjut berhubunga kejadian ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 2 tahun atau denda kedua-duanya.”

Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian boleh salurkan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dengan menghubungi di talian 07 663 7222 atau pegawai penyiasat kes (IO) Inspektor Mohammad Azri di talian 010 764 7789.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago