Tiga Remaja Pura-Pura Bagi Duit Sebelum Belasah Gelandangan Guna Besi Besbol Ditahan Polis

Setiap manusia pasti mempunyai nasib serta rezeki kurniaan Allah SWT yang berbeza. Namun sikap menindas atau berlaku kejam terhadap insan yang tidak berkemampuan tidak sepatutnya berlaku kerana semua orang layak diberi layanan sama rata.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video-video yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki ‘tiada otak’ yang bertindak memukul beberapa gelandangan tanpa sebarang sebab di Selangor.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Buru Samseng Pura-Pura Bagi Duit Sebelum Pukul Gelandangan [Video]

Susulan penularan video tersebut, orang ramai yang menonton berasa marah serta ingin pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap remaja-remaja terbabit.

Tiga remaja pukul gelandangan sudah ditahan polis, direman hingga 7 Jun

Terkini, pihak polis yang terkesan dengan penularan video tersebut telah bertindak menahan ketiga-tiga remaja lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hong Fong berkata, kesemua remaja berusia 16 tahun itu ditahan sekitar daerah ini pada jam Kirakira 3.00 pagi semalam (5 Jun).

Menurutnya, penahan ketiga-tiga remaja yang juga warga tempatan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Hasil siasatan mendapati, ada tiga kejadian membabitkan tiga mangsa berbeza, justeru polis mempergiatkan usaha untuk mengesan mangsa lain

“Kesemua suspek direman tiga hari sehingga Rabu ini. Polis juga masih mencari seorang lagi lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan

Menurutnya lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau pada masa juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian segera menghubungi IPD Klang Selantan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Tular video remaja pukul gelandangan guna besi besbol

Pada Ahad lalu (3 Jun), tular di media sosial video yang memperlihatkan tindakan remaja berpura-pura mahu memberi duit kepada seorang gelandangan sebelum bertindak memukulnya dengan menggunakan besi pemukul besbol

Di dalam satu lagi video, ketiga-tiga remaja sama dilihat membelasah beberapa lagi gelandangan dipercayai berhampiran sebuah pasar raya di sana.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

24 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

16 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

22 hours ago