fbpx
Now Reading
Polis Buru Samseng Pura-Pura Bagi Duit Sebelum Pukul Gelandangan [Video]

Polis Buru Samseng Pura-Pura Bagi Duit Sebelum Pukul Gelandangan [Video]

Di dalam satu lagi video, kumpulan lelaki dipercayai warga tempatan itu dilihat membelasah beberapa lagi gelandangan menggunakan pemukul besbol berhampiran sebuah pasar raya di Pelabuhan Klang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (3 Jun) tular di media sosial video-video memperlihatkan beberapa individu membelasah gelandangan dipercayai di Klang.

Menerusi video itu, kelihatan kumpulan lelaki berkenaan pada mulanya berpura-pura mahu memberikan duit kepada seorang gelandangan sebelum bertindak memukulnya menggunakan besi pemukul besbol.

Di dalam satu lagi video, mereka dilihat membelasah beberapa lagi gelandangan dipercayai berhampiran sebuah pasar raya di sana.

Video berkenaan kemudian tular dan sohor di semua platform media sosial termasuk Facebook, Instagram dan Twitter.

Tindakan tidak berperikemanusian kumpulan samseng itu menimbulkan kemarahan pengguna media sosial yang mahukan mereka segera ditangkap dan dikenakan hukuman serius.

Polis buka kertas siasatan, buru suspek

Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memaklumkan sedang memburu kumpulan lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan dua video yang tular di Twitter memaparkan empat lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kereta yang memukul seorang gelandangan menggunakan pemukul besbol.

Jelas Cha, insiden berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran pasar raya Billion di Lebuh Beringin.

“Pada Ahad (4 Jun) jam 12.02 tengah malam, kaunter aduan Balai Polis Pelabuhan Klang juga telah menerima satu laporan polis daripada seorang wanita warga tempatan berumur 43 tahun, menyatakan pada 3 Jun lebih kurang 3.30 petang, telah melihat klip video yang sama di Instagram.”

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong

“Sehubungan itu Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan itu.

Kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis kesan mangsa bagi mengetahui punca insiden

Tambah beliau, pihak polis juga sedang menjalankan usaha untuk mengesan mangsa bagi mengetahui keadaan yang sebenar.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.