KPT Bekerjasama Dengan Tata Consultancy Services Malaysia Untuk Bangunkan Bakat Graduan Digital

Visi utama Rangka Tindakan (Bluperint) Ekonomi Digital Malaysia yang dilancarkan pada 19 Februari 2021 adalah menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.

Bagi merealisasikan visi rangka tindakan ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Tata Consultancy Services Malaysia (TCS) pada hari ini (15 Jun) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) di Hotel Saujana, Kuala Lumpur.

MOU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Ketua Pegawai Eksekutif, TCS Malaysia, Encik Jeevan Rajoo dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal merupakan kerjasama bagi mempersiapkan graduan dengan bakat dan kemahiran digital yang diperlukan oleh industri pada masa kini.

MOU Bantu Capai Agenda & Kadar Kebolehpasaran Graduan Nasional

Menurut Mohammad Yusof Apdal, KPT memainkan peranan penting dalam pembentukan bakat dan kemahiran graduan.

Malah, MOU bersama TCS Malaysia ini dilihat sebagai satu langkah holistik kementerian dalam memastikan agenda nasional negara dapat dicapai.

Selain itu, ia juga sebagai satu inisiatif yang dapat membantu KPT mencapai sasaran kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 85% menjelang tahun 2025.

Kerjasama Dalam Bidang Kemahiran & Peningkatan Kemahiran Graduan Digital

Melalui kerjasama ini, pelbagai inisiatif dirangka antaranya program profesional, kursus jangka pendek dan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bagi membentuk serta menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak industri.

Malah, beliau juga mengharapkan agar kerjasama ini turut merangkumi inisiatif program berbentuk padanan dan penempatan pekerjaan agar graduan dapat diberi peluang serta didedahkan dengan pengalaman industri.

Majlis Menandatangani MOU itu juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian, Presiden Tata Consultancy (Asia Pasifik), Encik Girish Ramachandran dan Encik Ahmad Rizal Adnan yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa).

Foto: BK

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

8 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

8 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

8 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

10 hours ago