Ramai Bengang Sikap Motosikal Lawan Arus Umpama Perkara Biasa, Kerap Berlaku Di Lebuh Raya [Video]

Sejak semalam (14 Jun), negara Malaysia digemparkan dengan satu insiden menyayat hati melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut terjatuh dari atas jejambat Lebuhraya SUKE berhampiran Ulu Klang.

Kemalangan berlaku berpunca daripada sikap seorang penunggang motosikal yang melawan arus ketika melalui lebuh raya tersebut menyebabkan orang ramai mengecam teruk tindakannya itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang Ducati Maut Terjatuh Dari Lebuhraya SUKE Gara-Gara Elak Motosikal Lawan Arus [Video]

Terbaharu, seorang pengguna media sosial pula memuat naik dua video yang memaparkan tindakan beberapa buah motosikal melawan arus di sebuah jalan meraih perhatian ramai.

Tindakan lawan arus sudah menjadi kebiasaan segelintir penunggang motosikal

Menerusi hantaran video di laman Twitter akaun @syahmiieee, perkara ini umpama sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh segelintir penunggang motosikal.

“Benda ni dah biasa sangat motosikal buat masalahnya. Di mana-mana kau akan nampak rider lawan arus even atas highway, uturn tempat tak sepatutnya, jalan atas ‘sidewalk’.

“Dah jadi biasa sangat tak ada siapa pun tegur,” ciapnya.

Rela bahayakan nyawa sendiri dan orang lain demi kepentingan diri

Malah, pengguna Twitter tersebut turut tidak memahami mengapa segelintir penunggang motosikal memilih membahayakan diri dan pengguna jalan yang lain demi kepentingan diri.

“Aku tak faham kenapa susah sangat nak ikut je jalan yang betul walaupun kena pusing jauh.

“Jam teruk mana pun kau (motosikal) bukannya kena beratur sangat pun. Semua nak kena ikut kepala dia je macam dia je yang nak kena cepat,” tulisnya.

Segelintir penunggang lawan arus tunjuk sikap biadap bila ditegur

Menurutnya lagi, kejadian motosikal melawan arus ini kerap dilaluinya, bahkan golongan tersebut turut bersikap biadap ketika dia membunyikan hon.

“Okay so pagi ni macam biasa, ada polis berjaga dekat exit USJ-KESAS tu. Tapi nanti lepas 10.00 pagi tak nampak dah batang hidung.

“Aku faham. Tak akan lah kau nak harapkan polis duduk situ sepanjang masa. Tapi dah itu je solusi yang ada sekarang,” tulisnya lagi.

Pihak berkuasa perlu ambil inisiatif letak pondok di kawasan tertentu

Susulan itu, dia memberi cadangan agar pihak berkuasa mengambil inisiatif dengan meletakkan pondok polis di kawasan yang kerap mempunyai kes motosikal melawan arus.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi yang sama.

Selain itu, mereka turut berkongsi beberapa kawasan yang dilihat menjadi tumpuan buat para penuggang tidak bertanggungjawab untuk melawan arus demi menyingkatkan masa perjalanan.

Terdahulu, tular rakaman video memperlihatkan individu berkenaan melawan arus hingga mengakibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale gagal mengelak hingga merempuh penghadang jalan.

Susulan itu, pihak polis sedang mengesan individu yang menunggang motosikal secara melawan arus hingga menyebabkan kematian penunggang Ducati terbabit.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 hour ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

22 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

22 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

23 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

23 hours ago