Padah Baling Batu & Kayu Ke Arah Lori Di Lebuh Raya Senawang, 5 Remaja Dicekup Polis [Video]

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan keadaan sebuah lori yang mengalami cermin hadapan pecah kerana dibaling individu tidak bertanggungjawab di kilometer 253.3 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Seremban.

Menerusi video tersebut, kelihatan si perakam video cuba untuk mengejar individu berkenaan namun tidak berjaya selepas pelaku lari masuk ke dalam hutan berdekatan lebuh raya terbabit.

Dalam video sama kelihatan seorang lagi individu turut menjadi mangsa perbuatan si pelaku.

Pemandu lori buat laporan polis, alami kerugian sekitar RM1,000

Pemandu lori itu kemudian membuat laporan polis dan memaklumkan dia telah mengalami kerugian sekitar RM1,000 disebabkan tindakan tidak bertanggung jawab individu terbabit, lapor Kosmo.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

5 Remaja lelaki ditahan terbabit kes baling batu ke arah lori di Senawang

Terbaharu, pihak polis telah berjaya menahan lima orang remaja lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe kesemua remaja lelaki yang berumur dalam lingkungan 14 hingga 15 tahun itu ditahan di lokasi berbeza sekitar kawasan Seremban.

“Hasil operasi dan maklumat, pada pukul 5 hingga 7 petang semalam sepasukan Anggota Respon Team Balai Polis Senawang telah berjaya membuat tangkapan ke atas lima lelaki untuk siasatan lanjut bersabit kes baling batu di Lebuh Raya Seremban Senawang.

“Tiga tangkapan dibuat di Bandar Seremban Selatan dan dua tangkapan di Taman Seremban Jaya,” ujarnya dipetik Kosmo.

Semua suspek masih sekolah

Jelasnya, kesemua remaja itu masih lagi di bangku sekolah dimana tiga darinya berumur 14 tahun manakala dua lagi 15 tahun.

“Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dibuat di mahkamah hari ini,” ucap Arifai.

Tindakan remaja berkenaan membaling batu ke arah kenderaan lain merupakan suatu perkara yang bahaya dan boleh mengundang kecederaan atau kemalangan di jalan raya.

Recent Posts

  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

8 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

37 mins ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

19 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

19 hours ago