‘Kita Ada Standard Kita’- KPM Nafi Rendahkan Sistem Pemarkahan SPM 2022

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 yang telah dikeluarkan pada 8 Jun yang lalu menunjukkan keputusan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, seramai 10,109 calon berjaya mendapat keputusan cemerlang gred A+, A dan A- bagi setiap subjek.

Namun begitu, keputusan cemerlang ini mengundang reaksi dari pelbagai pihak. Ada di antara warganet yang mempertikai kaedah dan analisis pemarkahan peperiksaan SPM yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun ini.

Tiada Perubahan, Masih Guna Sistem Pemarkahan Yang Lama

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa setiap pemarkahan yang dibuat adalah mengikut merit dan standard yang telah diguna pakai sebelum ini.

“Kita ada standard kita dan kita cukup jaga standard itu. Kita harus berlaku adil apabila pemarkahan ini dibuat dia mestilah mengikut merit dan standard yang sudah kita guna pakai sebelum ini,” katanya.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang menganggap KPM telah mengubah sistem pemarkahan SPM 2022.

Subjek Sejarah dan Bahasa Melayu Kekal Sebagai Subjek Wajib Lulus SPM

Pada masa yang sama, Fadhlina turut mengesahkan KPM tiada perancangan untuk menambah subjek wajib lulus SPM.

“Setakat ini kita kekalkan dengan pendirian untuk (wajib lulus) Bahasa Melayu dan Sejarah kerana impaknya dalam SPM baru-baru ini, keputusan mata pelajaran Sejarah meningkat dengan sangat tinggi dan sangat baik,” ujarnya.

Menurut beliau, KPM akan merancang inisiatif yang dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Ini menunjukkan pelajar ini tiada masalah menguasai subjek Sejarah, mungkin cuma intervensi yang agresif kena kita lakukan khususnya dalam pemerkasaan Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya.

Untuk info, calon yang menduduki SPM 2022 adalah seramai 373,974 dan daripada jumlah ini, 91.6% layak menerima sijil tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: 30,000 Pelajar Tak Ambil SPM Tahun 2022, Anwar Sindir Radzi Jidin Tidak Buat Pemantauan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Mana Datangnya 30,000 Pelajar Tak Duduki SPM 2022?’ – Radzi Jidin Bidas Kenyataan Anwar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

22 mins ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

1 hour ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

3 hours ago
  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

3 hours ago
  • Trending

“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]

Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

22 hours ago