fbpx
Now Reading
‘Mana Datangnya 30,000 Pelajar Tak Duduki SPM 2022?’ – Radzi Jidin Bidas Kenyataan Anwar

‘Mana Datangnya 30,000 Pelajar Tak Duduki SPM 2022?’ – Radzi Jidin Bidas Kenyataan Anwar

Anwar sebelum ini mendakwa Radzi tidak membuat pemantauan terhadap 30,000 calon yang tidak menduduki SPM 2022.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (13 Jun), Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung 30,000 pelajar yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Anwar ketika program Cakna Madani yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama pelajar tajaan JPA menyindir bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md Jidin kerana tidak membuat pemantauan berhubung isu ini semasa memegang jawatan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: 30,000 Pelajar Tak Ambil SPM Tahun 2022, Anwar Sindir Radzi Jidin Tidak Buat Pemantauan [Video]

Minta Anwar Kemuka Fakta Yang Betul

Terbaharu, Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya hari ini (14 Jun) membidas kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia itu.

Menurut beliau, dia tiada masalah dengan sindiran tersebut namun Anwar perlu mengemukakan fakta yang tepat.

“Dari mana datang data 30,000 ini. Saya cuba cari maklumat-maklumat yang ada kerana sepertimana yang dilaporkan baru-baru ini, hanya 14,858 calon tidak duduki SPM 2022,” kata beliau.

Peperiksaan SPM 2022 Dijalankan Semasa Pentadbiran Kerajaan Perpaduan

Tambah beliau, kenyataan Anwar bahawa dia tidak membuat pemantauan adalah tidak wajar kerana tempoh peperiksaan SPM 2022 diadakan semasa pentadbiran di bawah Kerajaan Perpaduan iaitu pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023.

“Ia berlaku bukan waktu saya. Jadi macam mana saya nak pantau. Nak kenakan saya tetapi yang terciduk Menteri Pakatan Harapan (PH), DAP dan Barisan Nasional (BN) sendiri,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di Parlimen.

Malah, semasa sesi sidang akhbar itu juga, Radzi turut mempersoalkan kesahihan kenyataan yang dibuat oleh Anwar.

“Sekarang, siapa tipu siapa? Sama ada Menteri Pendidikan tipu Perdana Menteri, atau Perdana Menteri bercakap tanpa rujuk mana-mana fakta,” katanya.

Bagi Radzi, isu pendidikan tidak boleh dipolitikkan kerana ia merupakan asas dan tunjang negara.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan seramai 14,858 calon SPM 2022 tidak hadir menduduki peperiksaan tersebut.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, KPM sedang meneliti punca ketidakhadiran pelajar ini dan akan mencari kaedah penyelesaian bagi menangani isu tersebut.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.