fbpx
Now Reading
Nama Disebut Dalam Ujian Mendengar SPM 2023, Artis AS Terkejut Media Sosial ‘Diserang’

Nama Disebut Dalam Ujian Mendengar SPM 2023, Artis AS Terkejut Media Sosial ‘Diserang’

Kebanyakan komen yang ditinggalkan oleh segelintir calon SPM 2023 di media sosial Kyle Green lebih ke arah keluhan kerana mendakwa percakapan ‘Kyle’ terlalu pantas dalam ujian mendengar Bahasa Inggeris.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula semalam (30 Januari), kesemua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah dijadualkan untuk menduduki peperiksaan bertulis selepas mereka selesai dengan ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada beberapa hari sebelumnya.

Difahamkan ketika ujian mendengar bahasa Inggeris itu, rata-rata pelajar mengadu sukar untuk memahami rakaman perbualan dalam temu bual yang dibuka.

Nak dijadikan cerita pula, nama Kyle Green iaitu seorang ahli muzik Amerika Syarikat telah dipetik dalam dalam ujian mendengar tersebut sebelum media sosial lelaki berkenaan diserang oleh calon SPM kerana mendakwa suaranya yang kurang jelas.

Kyle Green Terkejut ‘Diserang’ Di Media Sosial

Selepas terkejut dengan perkara yang berlaku, Kyle Green ‘yang sebenar’ tampil memuat naik video di Instagram Story miliknya.

Video tersebut juga telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok (@heyysmileee).

Dalam video berkenaan, Kyle berkata ruangan komen beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya telah dibanjiri dengan pelbagai komen dari sekumpulan pelajar sekolah menengah dipercayai calon SPM 2023.

Jelasnya, kebanyakan komen yang ditinggalkan lebih ke arah keluhan kerana mendakwa percakapan ‘Kyle’ terlalu pantas sehingga susah untuk didengari dengan jelas.

Bukan itu sahaja, ruangan DM di Instagram serta nombor telefonnya juga tidak berhenti menerima panggilan daripada WhatsApp serta e-mel.

Sumber: Instagram @kylegreenmusic

Kyle Green Akui Tidak Pernah Terlibat Dalam Temu Bual Berkenaan

Kyle berkata dia mengetahui bahawa ujian tersebut dilakukan secara tahunan untuk membolehkan pelajar sekolah menyambung pengajian di peringkat universiti.

Namun, Kyle mendakwa dia tidak pernah terlibat dalam sebarang temu bual seperti dalam rakaman ujian mendengar tersebut dan menganggap bahawa ia adalah rekaan semata-mata.

Kebetulan pula, ‘jalan cerita’ dalam temu bual berkenaan hampir sama dengan kerjayanya sebagai ahli muzik.

Sebahagian daripada ujian itu adalah mereka perlu mendengar temu bual yang dikatakan melibatkan seorang ahli muzik jazz bernama Kyle Green. Seingat saya, saya tak pernah ingat saya ada temu bual tersebut. Jadi saya menganggap ia hanyalha fiksyen dan direka sahaja.

Kyle Green.

Kyle menganggap perkara yang berlaku ini agak ‘gila’ selepas melihat bagaimana media sosialnya seolah-olah diserang oleh para pelajar dari Malaysia.


Netizen Kecam Tindakan Segelintir Calon SPM 2023 Yang Serang Kyle Green

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dan mengecam tindakan sesetengah calon SPM 2023 yang dipercayai ‘menyerang’ media sosial Kyle Green.

“Ganas betul batch 2006 sampai serang dia,” kata netizen.

Pada masa yang sama, mereka turut bersimpati dengan perkara yang berlaku kepada Kyle dan berharap individu yang berbuat demikian tampil meminta maaf kepada pemain gitar tersebut.

“Ayok minta maaf balik tau korang,” ujar netizen.

Netizen turut menganggap perkara yang berlaku ini telah memalukan nama negara selepas Kyle menyebut nama Malaysia dalam IG Story berkenaan.

Sumber: TikTok

Perkara Hampir Sama Pernah Dilakukan Oleh Calon SPM

Pada tahun 2022, situasi hampir sama dikatakan pernah terjadi apabila calon SPM 2021 ‘menyerang’ sebuah pusat peranginan di Pahang iaitu Resort Salang Sayang kerana keliru dengan sebutan jurucakap ketika ujian mendengar.

Ada di antara mereka yang telah ‘menyerang’ halaman Google pusat peranginan itu dan memberi ulasan (review) yang kurang menyenangkan. Siap bagi satu per lima bintang walaupun mereka tidak pernah berkunjung ke sana.

Peka dengan apa yang berlaku, pusat peranginan itu dilihat hanya menenangkan pelajar-pelajar tersebut dan memberi ucapan semangat buat mereka menerusi IG Story yang dimuat naik di laman Instagram Salang Sayang Resort.

Baca Artikel Berkaitan: Resort Salang Sayang ‘Diserbu’ Pelajar SPM Gara-gara Keliru Ketika Ujian Mendengar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.