fbpx
Now Reading
Gelagat Murid Kerumun Cikgu Mahu Dapat Markah Extra, Buat Ramai Imbau Zaman Sekolah [Video]

Gelagat Murid Kerumun Cikgu Mahu Dapat Markah Extra, Buat Ramai Imbau Zaman Sekolah [Video]

Apa yang menarik perhatian adalah gelagat setiap anak muridnya yang berusaha mencari jawapan bagi mendapatkan markah tambahan bagi subjek Sejarah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di dunia termasuk di Malaysia. Selain dari mengajar, guru juga berperanan dalam mendidik, membimbing dan membantu anak murid berjaya dalam kehidupan melalui ilmu yang dicurahkan.

Tugas ini sememangnya tidak mudah seperti anggapan segelintir pihak. Keadaan ini ditambah lagi dengan keadaan pada masa kini yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Malah, besarnya pengorbanan guru dalam mengajar dan mendidik dapat dilihat apabila sering kali kedengaran golongan ini diibaratkan seperti lilin yang menerangi orang lain.

Anak Murid Kerumun Mahu Dapatkan Naikkan Markah & Gred

Terbaharu, tular di media sosial video seorang guru yang dikerumuni murid-muridnya yang mahu membuat semakan bagi mendapatkan markah dan gred yang lebih baik.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @cikguctiey96, kelihatan anak murid didikannya membawa kertas peperiksaan yang telah ditanda bagi meminta dia menyemak semula jawapan yang telah diberikan.

“Dari sudut pandangan (POV) cikgu bila bagi kertas peperiksaan, yang pasti kerumun cikgu geng yang nak cukup satu markah A, satu markah nak lulus, satu markah nak naik gred,” tulis wanita berkenaan di video tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah gelagat setiap anak muridnya yang berusaha meyakinkannya bahawa jawapan mereka adalah relevan bagi mendapatkan markah tambahan.

“Cikgu, tapi yang ini kan, saya bagi jawapan empat tau, tapi cikgu bagi markah tiga,” kata salah seorang murid lelaki kepada guru itu.

“Ooo yang ini saya salah kira, ok awak betul,” balas guru berkenaan.

Malah, ada juga muridnya yang sanggup membawa buku sebagai bukti bahawa jawapan yang diberi adalah betul dan layak mendapat markah extra.

Namun, apa yang menghiburkan adalah jawapan yang diberikan oleh murid berkenaan langsung tidak kena dengan soalan yang diberi.

“Reject!” kata wanita itu kepada anak muridnya.

Mohon Doa Anak Murid Berjaya SPM

Menerusi video yang telah mendapat lebih 300 ribu tontonan itu, dia yang mengajar subjek Sejarah turut memohon warganet untuk mendoakan kejayaan anak muridnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tolong doakan anak murid saya cemerlang SPM nanti,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi respon yang positif dan mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan mereka.

Malah, ada di antara mereka yang turut memuji tindakan guru berkenaan yang dilihat tidak penat melayan kerenah anak muridnya itu.

“Okay, Sesiapa Yang Nak Betulkan Markah Boleh Ke Depan.”-Rindu Ayat Ni

Rasa Macam Nak Sekolah Balik Macam Dulu, Happy Je

Bagus Cikgu Ni

Jarang Betulkan Sebab Kalau Pergi Nanti Markah Kurang

Baca Artikel Berkaitan: Selamba ‘Melembukan’ Kerbau, Guru Bahasa Arab Terhibur Masa Tanda Kertas Soalan Murid [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Murid Pakai Kasut Dengan Tapak Hampir Tercabut, Cikgu Beri Kejutan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.