fbpx
Now Reading
Anak Murid Pakai Kasut Dengan Tapak Hampir Tercabut, Cikgu Beri Kejutan [Video]

Anak Murid Pakai Kasut Dengan Tapak Hampir Tercabut, Cikgu Beri Kejutan [Video]

Mendengar jawapan yang diberikan, guru berkenaan membuat kejutan kepada anak muridnya itu dengan menawarkan sepasang kasut baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut sahaja tentang guru, sudah pastinya terbayang tugas guru yang mendidik dan mengajar ilmu kepada anak muridnya.

Namun, tidak semua guru yang hanya bekerja semata-mata untuk mencurahkan ilmu sahaja. Ada juga yang sanggup mengorbankan masa dengan melakukan tugas pentadbiran malah menjaga kebajikan anak-anak murid.

Begitulah yang terjadi dengan seorang guru yang tidak sampai hati melihat anak murid memakai kasut yang tapaknya hampir tercabut.

Kasihan Dengan Anak Murid, Guru Hadiahkan Kasut Baharu

Menerusi perkongsian di akaun TikTok guru berkenaan @tcernana, kelihatan seorang murid berjalan dengan menggunakan sepasang kasut yang hampir tercabut tapaknya.

Kasihan melihat anak muridnya yang bersusah-payah melangkah dengan keadaan tapak kasut seperti itu, guru berkenaan bertanyakan soalan tentang keadaan kasut murid itu.

“Ya Allah abang, dengan tak pakai stokinnya. Kenapa awak tak beli kasut baru?” tanya guru berkenaan.

“Ayah kata ayah belum gaji. Hari ini dia kata dia nak gamkan,” kata murid berkenaan sambil menunjukkan tapak kasut yang hampir tercabut.

Mendengar jawapan yang diberikan, guru berkenaan membuat kejutan kepada anak muridnya itu dengan menawarkan sepasang kasut baharu.

Anak Murid Teruja Terima Pemberian Kasut

Menerusi video yang telah mendapat tontonan hampir 2 juta, kelihatan anak murid tersebut teruja ketika menerima sepasang kasut baharu hasil pemberian gurunya.

Malah, dia kelihatan seronok dan dilihat berjalan ke hulu ke hilir bagi mencuba kasut baharu yang diterimanya.

Ketika dia sedang mencuba kasut baharu itu, terdapat guru lain yang hairan dengan tindakannya yang masih memilih menggunakan kasut lama walaupun tapaknya hampir tercabut.

“Macam mana kau pakai? Dah lama dah pakai kasut macam ni?” tanya guru lelaki dalam video tersebut.

@tcer.nana

Semoga abang dimurahkan rzeki selalu🖤

♬ Sampai Menutup Mata Violin – ExBrecket

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan guru berkenaan yang sanggup menghadiahkan sepasang kasut baharu kepada murid itu.

Malah, ada juga warganet yang memuji anak murid berkenaan yang dilihat seolah-olah memahami situasi bapanya yang belum mendapat gaji dengan tetap memakai kasut rosak itu.

Anak Yang Baik, Tidak Merungut Pun Pakai Kasut Walaupun Dah Macam Tu, Faham Situasi Ayah

Sebak Rasa Dengar Dia Cakap Ayah Belum Gaji

Terima Kasih Orang Baik, Semoga Dimewahkan Rezeki

Terima Kasih Cikgu Yang Baik

Kalau Dah Gitu Tapaknya, Dah Tak Boleh Gam Adik

Baca Artikel Berkaitan: Simpati Lihat Kasut Cleaner Berdedikasi Koyak Rabak, Pemuda Hadiahkan Kasut Baru Sebagai Tanda Terima Kasih

Baca Artikel Berkaitan: Kejutan Hadiah Hari Lahir Ayah Yang Buat Ramai Orang Sebak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.