fbpx

Sportingnya! Geng Cikgu Sertai ‘TikTok Challenge’ Sempena Raya Seperti Alif Satar Buat Ramai Terhibur [Video]

Wow! Ramai rupanya yang sahut cabaran #RayaSamaSamaMRDIY dengan Alif Satar ni!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun memasuki fasa terakhir bulan Ramadan dan menghampiri 1 Syawal.

Selepas hampir sebulan berpuasa, membendung nafsu serta memperkukuhkan takwa, inilah masanya untuk meraikan Hari Raya Aidilftitri bersama kaum keluarga dan sahabat handai.

Bukan setakat berkumpul, malah pelbagai aktiviti akan dilakukan secara bersama termasuk memasak, solat sunat berjemaah, bermaafan, ziarah-menziarahi dan pelbagai lagi. Anak muda pula pasti akan lebih seronok kerana banyak aktiviti berkumpulan yang dapat dilakukan.

Bersempena dengan hari raya juga, pasti akan wujudnya cabaran di media sosial sebagai tanda menghargai momen bersama keluarga dan kenalan rapat seperti challenge #RayaSamaSamaMRDIY yang dianjurkan MR.DIY bersama selebriti versatil, Alif Satar bagi tahun 2024 ini.

Menerusi cabaran tersebut, orang ramai akan mengikut langkah gerak tarian yang dilakukan Alif & The Locos atau apa sahaja video kreatif sambil diiringi muzik latar bertemakan hari raya, ‘Raya Sama-Sama’ yang dinyanyikan penyanyi terkenal itu.

Sejak dilancarkan pada pertengahan Mac lalu, sudah ramai netizen yang mula menyahut cabaran tersebut baik golongan pelajar mahupun mereka yang sudah bekerja.

Cikgu pun sporting sertai cabaran TikTok raya

Apa yang menariknya, cabaran ini turut disahut golongan pendidik di beberapa buah sekolah antaranya di Selangor, Johor dan Kelantan.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan, kelihatan kumpulan guru dipercayai dari SK Bandar Baru Selayang, Selangor dan SK Seri Senang Hati, Johor secara santai mengikut pergerakan tangan yang dilakukan Alif bersama kumpulan The Locos seperti dalam video asal yang dikongsikan MR.DIY.

Selain itu terdapat beberapa lagi guru dari sekolah berbeza. Tampak lebih manis apabila ada guru yang turut melakukan cabaran TikTok tersebut bersama anak-anak murid mereka dipercayai dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

Perkongsian-perkongsian yang dilakukan nyata menarik perhatian netizen di mana majoriti memuji sikap ‘sporting’ para pendidik berkenaan.

Malah ramai turut terhibur melihat aksi yang pelbagai dari para guru di mana ada segelintir yang bersungguh-sungguh cuba mengikut ‘steps’ yang dilakukan Alif Satar dan ada juga yang mengubahnya sesuka hati.

Namun satu yang pasti jelas terpancar kegembiraan di wajah semua mereka yang terlibat.

BuzzKini turut join cabaran! Yang bertuah boleh menang hadiah

Bukan sahaja netizen, team kami di BuzzKini juga turut menyahut cabaran TikTok menari bersama lagu Raya Sama-Sama ini.

Serius seronok rancang, hafal step dan banyak lagi bersama rakan-rakan sepejabat! Lebih teruja apabila lihat hasilnya… fuhh puas hati!

@buzzkini

Tiba-tiba nak raya! Jom tunjuk dekat rakyat Malaysia macam mana korang dengan family dan kawan-kawan punya vibe raya!! 🎉 Guna lagu Raya Sama-Sama dari @MR.DIY Malaysia dan post tiktok korang untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif MR.DIY! Buzzkini team join dulu 😎 #RayaSamaSamaMRDIY #raya #mrdiy #aidilfitri #diy #rayasamasama

♬ original sound – BuzzKini – BuzzKini

Memandangkan aktiviti ini agak menyeronokkan dan dapat menyatukan hubungan baik sesama keluarga, kenalan, atau rakan sepejabat, apa kata korang pun join kami sahut TikTok Challenge #rRayaSamaSamaMRDIY ini.

Alang-alang semua tengah mood nak beraya, mungkin masa yang terluang ni sesuai untuk korang dan orang tersayang sahut cabaran TikTok ini.

Apa yang lebih menarik, jika bertuah korang mungkin akan memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah Nintendo Switch dan baucar MR.DIY bernilai RM100.

Bukan itu sahaja, setiap penyertaan akan mendapat baucar MR. DIY RM10 (Terhad untuk 1,500 terawal).

Cara sertai TikTok Challenge #RayaSamaSamaMRDIY

Cara untuk menyertai TikTok Challenge ini mudah sahaja, korang hanya perlu mengikuti langkah yang kami kongsikan di bawah sekali gus berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

  1. Cari lagu ‘Raya Sama-Sama’ oleh Alif Satar di TikTok atau tekan di sini.
  2. Ajak keluarga dan kenalan korang untuk turut serta. Lagi ramai lagi meriah!
  3. Rakam video kreatif anda dengan menjadikan lagu Raya Sama-Sama sebagai muzik latar.
  4. Muat naik video yang sudah siap di TikTok bersama tanda pagar #RayaSamaSamaMRDIY dan tag @mrdiy.malaysia. Pastikan akaun anda ditetapkan sebagai umum (public).
  5. Isi maklumat mengenai video anda pada borang yang disediakan di sini.
  6. Selesai!

Cabaran TikTok ini bermula dari 18 Mac sehingga 30 April 2023 ini. Jadi jangan lepaskan peluang ketika berkumpul bersama keluarga sewaktu Ramadan dan pagi Raya dengan menyertai cabaran sempena Hari Raya Aidilfitri ini.


View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.