fbpx
Now Reading
300,000 Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar – KSM

300,000 Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar – KSM

Perkara ini dipercayai dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya seperti tarikan dengan ekonomi gig.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2023/06/27/pakar-ramal-teknologi-ai-bakal-jejas-peluang-pekerjaan-rakyat-malaysia-di-9-industri-utama/

Kementerian Sumber Manusia (KSM) melahirkan kebimbangan apabila 300,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikatakan tidak mahu meneruskan pengajian mereka.

Ini menyebabkan sasaran negara untuk mencapai 35% tenaga mahir menjelang tahun 2030 tidak tercapai.

Ekonomi Gig Antara Faktor Dorong Lepasan SPM Tidak Mahu Sambung Belajar

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, pada masa kini tahap tenaga kerja mahir di Malaysia adalah sebanyak 28%.

Berdasarkan rekod oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dianggarkan 300,000 lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Perkara ini dipercayai dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya seperti tarikan dengan ekonomi gig.

“Inilah sebenarnya yang menjadi cabaran besar kepada kita dengan pengaruh ekonomi ini telah memberi kesan kepada anak muda,” kata beliau.

“Jadi kita mahu menjadi negara maju dengan tenaga mahir yang mencukupi supaya kita dapat menggerakkan industri-industri kita di negara ini,” tambah beliau lagi.

Semua Pihak Perlu Mainkan Peranan Yang Penting

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berpendapat semua pihak terutamanya kementerian, sekolah dan ibu bapa perlu berganding bahu bagi memberi kesedaran kepada golongan ini agar mengutamakan pendidikan.

Malah, ia juga termasuk menggalakkan mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau mengambil sijil kemahiran bagi masa depan yang lebih terjamin.

“Jangan hanya memikirkan jangka masa pendek saja, fikirkan yang lebih jauh.

“Yang kekal ini mereka perlu ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka perlu ada sijil kemahiran, dan sudah tentu mereka perlu melanjutkan peringkat diploma atau ijazah itu akan kekal sampai bila-bila,” katanya lagi.

Untuk info, bagi mencapai sasaran 35% pekerja mahir menjelang tahun 2030, kerajaan telah merangka beberapa inisiatif antaranya pelaksanaan dan pemerkasaan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.