fbpx
Now Reading
Ambil Semula Atau Ceburi Bidang Lain, KPM Beri Peluang Kedua Kepada Pelajar Tercicir SPM

Ambil Semula Atau Ceburi Bidang Lain, KPM Beri Peluang Kedua Kepada Pelajar Tercicir SPM

Menurut Fadhlina, selain daripada menduduki semula SPM, KPM juga akan memberi bantuan dan bimbingan kepada golongan terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mempunyai halangan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar atau mana-mana pihak untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata selain peluang kedua, KPM juga sedang memberi tawaran kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan untuk menceburi bidang lain termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Peluang sentiasa dibuka sebab itu kita terus sambut apa yang Perdana Menteri sebut semalam soal peluang kedua, soal menduduki (SPM) semula kita akan bantu.

“Soal untuk menentukan halatuju, bimbingan dan kaunseling kita akan bantu dan kemudahan sokongan kalau mereka memerlukan apa-apa sokongan lain.

“Barang kali kewangan, halatuju dan melihat kepada setiap kes, apa yang kita boleh bantu di peringkat ini,” katanya dipetik Utusan hari ini (19 Jun).

Kerajaan perlu kenal pasti 30,000 pelajar tercicir SPM untuk diserap ke program latihan

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan perlu mengenal pasti kira-kira 30,000 calon tercicir SPM 2022 supaya mereka boleh diserap ke program latihan yang sedia ada.

Ketika ini dianggarkan 30,000 pelajar tidak menghadiri peperiksaan SPM dan harus meneruskan kehidupan tanpa sijil terbabit yang diperlukan untuk memohon pelbagai jawatan termasuk dalam kerajaan.

Banyak bantuan dan bimbingan akan diberi kepada golongan terbabit

Pada masa sama, Fadhlina juga menjelaskan bahawa banyak bantuan dan bimbingan akan diberikan kepada golongan terbabit selain daripada memberi peluang kedua untuk menduduki peperiksaan SPM.

“Dalam sistem pengesanan kita di peringkat KPM, kita ada sistem pengesanan golongan ini untuk dua tahun dalam radar kita. Jadi dalam tempoh dua tahun itu sekurang-kurangnya kita boleh membuat intervensi pelbagai.

“Saya bagi contoh memperkukuhkan Tingkatan 6 khususnya pelajar B40 untuk sambung pelajaran di peringkat itu, TVET dan menduduki semula (subjek tertentu) jika ada pelajar yang ingin berbuat demikian,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Fadhlina berharap agar ada yayasan-yayasan negeri yang dapat membantu golongan ini untuk memastikan mereka menggunakan peluang kedua sebaiknya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 30,000 Pelajar Tak Ambil SPM Tahun 2022, Anwar Sindir Radzi Jidin Tidak Buat Pemantauan [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.