fbpx
Now Reading
26 Calon SPM Diarah Tolak Motosikal Ke Balai Polis Gara-gara Buat Bising

26 Calon SPM Diarah Tolak Motosikal Ke Balai Polis Gara-gara Buat Bising

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Faizal sebanyak enam saman telah dikeluarkan berkaitan tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar sedang menolak motosikal mereka.

Dalam video tersebut, kelihatan para pelajar yang lengkap berpakaian baju uniform sekolah itu berjalan mengikut bahu jalan secara beramai-ramai.

Polis arah calon SPM tolak motor sejauh 3.5 kilometer ke balai polis

Terbaharu, sekumpulan pelajar tular terbabit merupakan 26 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah diarahkan oleh pihak polis untuk menolak motosikal mereka ke Balai Polis Bukit Sentosa, Selangor sejauh 3.5 kilometer, semalam (19 Februari).

Tindakan itu dilakukan selepas polis mendapat aduan daripada orang ramai berkaitan bunyi bising.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim tindakan tersebut dilakukan sewaktu polis mengesan kumpulan calon SPM itu berada di sebuah bangunan kosong di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa sekitar jam 2 petang, pada tarikh sama.

“Pemeriksaan membabitkan 28 remaja lelaki berusia 17 tahun dan 27 buah motosikal.

“Semakan lanjut mendapati 26 daripada mereka merupakan calon SPM di sebuah sekolah menengah di kawasan tersebut,” jelasnya, lapor Kosmo.

Sebanyak enam saman dikeluarkan atas kesalahan tiada nombor plat dan cermin sisi

Kata beliau lagi hasil semakan dilakukan terhadap kumpulan itu, polis kemudian mengeluarkan sebanyak enam saman yang berkaitan tiada nombor plat serta tiada cermin sisi.

“Tindakan ini diambil ekoran aduan daripada pihak sekolah dan juga penduduk. Hari ini sahaja pihak polis terima enam aduan berkait bunyi bising.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.