fbpx
Now Reading
431 Calon SPM Terkandas, Tak Boleh Duduki Peperiksaan Akibat Banjir

431 Calon SPM Terkandas, Tak Boleh Duduki Peperiksaan Akibat Banjir

Menurut KPM, hal ini berikutan hujan lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan sebanyak 17 pusat peperiksaan di Johor, Pahang, dan Sarawak terjejas akibat banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Situasi banjir yang melanda tiga negeri menyebabkan seramai 431 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) terkandas dan tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang dijadualkan atau pusat peperiksaan berhampiran.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Peperiksaan (LP) sedang mengumpul maklumat terperinci mengenai calon yang terlibat dan akan melaksanakan penjadualan semula SPM 2022 bagi calon yang terjejas.

17 pusat peperiksaan di Johor, Pahang dan Sarawak terjejas akibat banjir

Menurutnya, hal ini berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam (1 Mac) yang menyebabkan sebanyak 17 pusat peperiksaan di Johor, Pahang dan Sarawak terjejas akibat banjir.

“Daripada jumlah ini, sebanyak tujuh pusat peperiksaan tidak dapat dibuka disebabkan terputus hubungan dan jalan raya tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Di Johor dan Pahang, seramai 195 calon terkesan dengan banjir namun berjaya digerakkan ke pusat-pusat peperiksaan yang berhampiran dengan bantuan agensi kerajaan untuk menduduki peperiksaan,” katanya.

Calon harus maklumkan kepada pihak sekolah atau JPN dengan segera sekiranya terkandas

Selain itu, KPM juga menasihati semua calon SPM agar segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terkandas dan tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran.

Menurutnya lagi, calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan banjir yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara seperti di lampiran di bawah.

“Penjadualan semula peperiksaan akan dilaksanakan bagi calon berkenaan setelah mendapat pengesahan Pengarah Pendidikan Negeri.

“KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik dan akan terus memantau situasi banjir sepanjang peperiksaan SPM tahun 2022 berlangsung,” katanya lagi.

Pada masa sama, KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.