“Mereka Ditegur Kerana Sentuh Isu 3R” – Fahmi Fadzil Sangkal Tuduhan Ancam Penonton TikTok Live

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau mengancam untuk mengambil tindakan terhadap penonton TikTok Live kerana menyiarkan komen mengkritik dirinya dan kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau mengingatkan penonton supaya tidak membuat kenyataan berunsur provokasi berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

“Berkenaan 3R, saya hanya mengulangi apa yang pernah saya sebut.

“Sama dengan apa (Menteri Dalam Negeri) Saifuddin Nasution Ismail katakan sebelum ini. Saya ingatkan agar orang ramai tidak buat komen-komen 3R yang bersifat menghasut.

“Apabila saya buat ‘live’ Tiktok dalam acara, selalu komen yang ditinggalkan (penonton) sentuh 3R. Saya dah selalu cakap, pengguna media sosial tidak patut perguna 3R untuk tujuan politik,” katanya dipetik FMT.

Fahmi menegur penonton kerana mengejeknya dan mempersoal dasar kerajaan

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan selepas dua jam sesi siaran langsungnya berjalan di TikTok, Fahmi menegur penonton kerana mengejeknya dan mempersoalkan dasar kerajaan.

Fahmi yang membetulkan laporan itu berkata, beliau melihat ramai pengguna media sosial telah mengeluarkan kata-kata hinaan setiap kali beliau melakukan live di TikTok.

Fahmi ingatkan pihak berkuasa mungkin akan ambil tindakan

Susulan itu, Pengarah Komunikasi PH itu terpaksa mengingatkan pihak berkuasa mungkin akan mengambil tindakan terhadap individu-individu terbabit.

“Saya tidak bertindak melebihi kuasa atau undang-undang yang ada, apatah lagi melampaui batas.

“Saya menjalankan tugas yang diamanahkan, jika undang-undang tegas dan keras, maka tegas dan keraslah saya,” katanya lagi.

Pindaan Akta 588 dan Akta 589 boleh bantu bendung isu berkaitan 3R

Fahmi sebelum ini berkata, pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589) boleh membantu membendung isu berkaitan 3R.

Katanya, banyak perkara bawah dua akta itu perlu dikemas kini seiring perkembangan teknologi semasa.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter berkongsi video tangkapan skrin ketika Fahmi mengadakan siaran langsung di TikTok.

Video itu sebagai ciapan balas terhadap kenyataan Presiden Muda, Syed Saddiq.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

18 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

19 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

19 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

20 hours ago