Gadis Tabik Hormat Ibu Bapa Selepas Tamat Latihan Polis Buat Ramai Sebak [Video]

Setiap yang bergelar anak pasti ingin membanggakan ibu bapa mereka. Ini kerana mereka sudah berdepan dengan pelbagai kesusahan dan pengorbanan demi memastikan anak mendapat kehidupan dan pelajaran yang baik.

Oleh itu, perkara tersebut ingin dibalas dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna di masa hadapan.

Melihat mereka tersenyum gembira juga dapat membuatkan kita rasa bahagia dan berjanji akan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik buat mereka.

Gadis beri tabik hormat kepada ibu bapa undang perhatian

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang gadis yang sebak ketika melakukan tabik hormat kepada kedua ibu bapanya selepas tamat latihan polis sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @havanihaaa_ di TikTok kelihatan gadis tersebut berlari-lari ke arah kedua ibu bapanya sebelum berhenti dan melaporkan diri dengan mengangkat tangan sebagai tanda hormat.

Kedengaran suara menggigil menahan sebak

Namun ketika mengumumkan namanya kedengaran suara gadis itu menggigil seperti sedang menahan sebak ketika melihat ibu bapanya.

Mungkin gembira melihat wajah kedua ibu bapa yang hadir ketika sesi tamat latihannya dan dapat menyaksikan anak yang dibesarkan sudah berjaya ke menara gading.

Sebaik selesai tabik hormat dia kemudian memeluk ibu dan bapanya sambil meletakkan topi polisnya di kepala kedua orang tuanya.

Turut kelihatan si ibu dan bapa tersenyum bangga apabila melihat anak mereka. Malah mereka turut memberikan jambangan bunga berserta coklat kepada anak perempuannya itu.

β€œMomen yang membanggakan. Kehidupan ini adalah untuk kedua ibu bapa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Beri tabik hormat dan ucap terima kasih sudah memberikan tunjuk ajar & inspirasi

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, @havanihaaa_ turut memberi tabik hormat kepada datuknya dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut kerana telah memberi tunjuk ajar, memberikan kasih sayang dan inspirasi kepadanya.

β€œTerima kasih, datuk dan nenek kerana telah menjadi sumber kasih sayang, tunjuk ajar, dan inspirasi dalam kehidupan saya.

β€œAwak telah menunjukkan kepada saya erti sebuah kehidupan yang penuh dengan keseronokan, kebaikan dan hati yang pemurah,” katanya.

@havanihaaa_

Thank you, Grandpa and Grandma for being an incredible source of love, guidance, and inspiration in my lifeπŸ™ŒπŸ»πŸ™πŸ» .I am forever grateful for you,and I live you you more than words can expressπŸ₯Ή. You have shown me what it means to live a life of fun,kidness,and generosity πŸ₯Ίβ€οΈβ€πŸ”₯

♬ original sound – π‘»π’‰π’‚π’—π’‚π’π’Š__.18 πŸŒπŸ’• – π‘»π’‰π’‚π’—π’‚π’π’Š__.18 πŸŒπŸ’•

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengakui mereka rasa sebak ketika melihat gadis itu memberi tabik hormat kepada ibu bapanya.

Malah mereka juga turut mengucapakan tahniah atas kejayaan yang dikecapinya.

β€œGelak aku mula-mula tengok dia tak perasan kawan dia tengah kawad tu.. tapi akhir memang sebak.. tahniah dik”

β€œTahniah, awak buat diri dan keluarga bangga. Gembira untuk awak”

β€œSebak aku terbit air mata aku dik. Teringat masa adik di pulapol aku sorang je pergi. Mak, ayah, adik-beradik tak mampu nak pergi.. sedih”

β€œTahniah terbaik.. ibu bapa didahulukan”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg β€˜Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago