Imigresen Siasat Dakwaan Menteri Buat Kecoh Di KLIA

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan berlakunya kekecohan di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan seorang menteri pada Khamis, 29 Jun.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan secara serta-merta selepas sebuah portal membuat laporan berhubung perkara itu.

Jelas beliau, portal berita dalam talian itu mendakwa seorang kenamaan telah membuat kecoh di KLIA dengan menuntut JIM untuk membebaskan seorang pelawat dari China yang dikenakan tindakan Notis Tolak Kemasukan (NTL).

“Jabatan ini telah mengambil tindakan serta-merta memulakan siasatan ke atas dakwaan kejadian yang dilaporkan dalam berita tersebut. Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan.”

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh

Sehubungan itu beliau memohon orang ramai untuk memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu sebuah portal dalam talian melaporkan seorang menteri telah membuat kecoh di dewan ketibaan antarabangsa di KLIA pada Khamis (29 Jun) bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang itu.

Bukan itu sahaja, dia juga didakwa masuk ke kawasan itu tanpa memohon pas keselamatan selain cuba menggunakan kuasanya sebagai menteri apabila tindakannya cuba dihalang.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

8 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

8 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

9 hours ago