Nurulhidayah Dedah Saraf Mata Zahid Hamidi Tidak Berfungsi, Bukan Buat Muka

Baru-baru ini, keadaan kedua belah mata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sering menjadi tanda tanya apabila ia kelihatan lebam.

Malah presiden UMNO itu juga turut dilihat sering memakai spek hitam apabila berada di beberapa acara.

Keadaan mata Zahid Hamidi adalah kerana pembedahan

Peka dengan isu tersebut, anak sulungnya iaitu Datuk Nurulhidayah telah tampil memaklumkan keadaan mata bapanya yang lebam dan bengkak itu adalah kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan menjalani pembedahan mata.

Jelasnya, pemimpin itu sedang dalam proses pemulihan selepas melakukan pembedahan mata disebabkan saraf yang tidak berfungsi.

Saraf mata tidak berfungsi

Perkara itu dimaklumkan oleh Nurulhidayah menerusi ruangan komen selepas terdapat segelintir pengikut yang bertanya berhubung keadaan mata Zahid.

“Iya saraf mata dia tak berfungsi.. Itu mata dia jadi jatuh.

“Buat muka buat apa bukan ‘superstar’ pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kenalah buat sesuatu. Tapi biasa lah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” ujarnya dalam komen tersebut.

Ada juga yang menyatakan meskipun berada dalam keadaan itu, namun bapanya masih tetap bercakap dan tersenyum selain mendoakan kesihatan bapanya agar cepat sembuh.

Sifatkan Zahid ada tanggungjawab besar

Nuruhidayah kemudian memberitahu sebagai ahli politik bapanya mempunyai tanggungjawab besar yang telah diamanahkan. Justeru, beliau tidak boleh mengambil cuti terlalu lama.

“Jadi orang politik dan pekerja kerajaan mana boleh cuti lama-lama. Mengeluh dan complain (kritik) pun tak boleh.

“Tanggungjawab besar. Selain dia pikul tanggungjawab yang diamanahkan, kerja dia sahaja memang amanah dari Allah SWT. Jadi kena kuat semangat,” tulisnya lagi.

Dedah anak juga mempunyai mata sama seperti bapa

Nurul dalam satu lagi hantaran di Instagram miliknya turut menyatakan dia tidak tahu sama ada ‘lazy eye’ merupakan sesuatu yang mempunyai kaitan dengan keturunan atau tidak, kerana dia bukan pakar.

Kata Nurul anak lelakinya, Louie juga mempunyai mata yang sama seperti bapanya.

“Tak tahu lah lazy eye ni ada kena mengena dengan keturunan ke tak? Sebab saya bukan pakar. Tapi anak saya Louie memang ikut mata grandpa (Zahid Hamidi).

“Saraf mata dia memang perlukan pembedahan tapi nantilah sebab dia masih nampak lagi.

“Grandpa sampai dah mengganggu penglihatan dan menjadi keperluan untuk melakukan pembedahan. Bila berumur saraf makin kendur dan memudaratkan penglihatan,” katanya.

Menurutnya, pembedahan dijalani Zahid adalah perlu sebelum ia memudaratkan bapa, kerana sebagai pemimpin beliau mempunyai banyak tugasan serta tanggungjawab.

Memetik laporan Myhealth, mata malas atau dikenali sebagai Ambliopia merujuk kepada penglihatan yang kabur dan ia tidak boleh dibetulkan dengan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata.

Mata juga kelihatan normal dan tiada sebarang penyakit mata yang dikesan.

Ambliopia ini berlaku kerana terdapat halangan semasa informasi penglihatan dihantar dari mata ke otak semasa tempoh kritikal di pengkat awal usia iaitu ketika bayi hingga berumur enam tahun.

“Halangan ini akan mengurangkan rangsangan ke bahagian otak yang memproses fungsi penglihatan. Ini menyebabkan otak tidak dapat menterjemahkan informasi yang diterima, menjadikan imej kelihatan kabur.

“Otak akan mengabaikan mata yang penglihatan kabur dan memilih untuk melihat dengan mata yang mempunyai penglihatan lebih baik. Akibatnya, mata yang kabur tidak digunakan dan akan menjadi ambliopia.”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

4 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

5 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

5 hours ago