Tak Angkat Panggilan PDRM Punca Sanusi Ditahan Pukul 3 Pagi – Ketua Polis Negara

Hari ini (18 Julai), tular di media sosial apabila Menteri Besar (MB) Kedah iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor telah ditahan pihak polis pada jam 3 pagi di sebuah hotel di ibu negara.

Pemimpin PAS itu kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas dua petuduhan. Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osma Affendi Mohd Salleh.

Penahanan itu walau bagaimanapun, telah mendapat pelbagai reaksi khususnya di kalangan penyokong pemimpin berkenaan yang tidak mengerti mengapa beliau ditahan pada waktu tersebut.

Baca artikel berkaitan: Sanusi Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Pertuduhan Menghasut

Polis dedah MB Kedah tolak panggil telefon dibuat kepadanya

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan sebab tangkapan dilakukan terhadap Sanusi pada jam 3 pagi.

Jelas Ketua Polis Negara (KPN), Razarudin Husain polis bertindak sedemikian apabila pemimpin berkenaan menolak beberapa panggilan yang dibuat terhadapnya.

Pihaknya sebelum itu telah meminta bantuan dari pihak berkuasa Kedah pada 17 Julai tetapi Sanusi tidak berada di negeri terbabit.

Mereka kemudian mendapat makluman bahawa ahli politik PAS itu akan berada di Astro Awani bagi sebuah program pukul 10 malam namun hasil pemantauan tidak menemukannya di lokasi berkenaan.

Gagal telefon untuk maklum keperluan hadir ke mahkamah untuk didakwa

Oleh itu, usaha untuk memaklumkan kepada MB terbabit mengenai keperluannya hadir ke mahkamah yang dilakukan menerusi panggilan telefon menemui jalan gagal kerana kesemuanya ditolak.

“Panggilan juga dibuat kepada setiausaha sulit kanan dan setiausaha politik beliau namun semua panggilan tersebut di-reject (ditolak),” ujarnya, dipetik Malaysiakini.

Sanusi kata diri tidak dimaklumkan berhubung dakwaan di mahkamah

Malah KPN turut memberitahu menteri itu menyatakan beliau tidak dimaklumkan akan didakwa di mahkamah sedangkan usaha untuk menghubunginya ditolak.

Menurutnya arahan untuk mendakwa pemimpin itu diterima dari Jabatan Peguam Negara semalam (17 Julai).

Polis kesan Sanusi di Mont Kiara

Ujarnya pihak polis turut menerima sebanyak 58 laporan di seluruh negara mengenai menteri itu dan ini termasuklah dari ahli Dewan Diraja Selangor .

“Kita lihat bahawa sifat-sifat kes ini atau kecenderungan kes ini ia menghina atau memberi bangkit marah isu-isu institusi diraja.

“Maka disebabkan kita (polis) tidak dapat menelefon dia bagi memaklumkan mengenai pendakwaan di mahkamah, kita cuba mencari dan dapat jumpa beliau kira-kira jam 2.30 pagi di kawasan Mont Kiara.”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

2 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

2 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

2 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

3 hours ago
  • Trending

“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…

4 hours ago
  • Gaya Hidup

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga…

4 hours ago