fbpx
Now Reading
Sanusi Ditahan Polis Pukul 3 Pagi, Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen Selayang Pagi Ini [Video]

Sanusi Ditahan Polis Pukul 3 Pagi, Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen Selayang Pagi Ini [Video]

Takiyuddin Hassan dalam masa sama meminta orang ramai khususnya penyokong PN dan PAS agar bertenang dan menghormati proses perundangan ekoran dari penahanan dan dakwaan terhadap Sanusi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor telah ditahan polis pada awal pagi ini (18 Julai) semasa berada di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pekara itu dimaklumkan oleh Pegawai Khas Media Menteri Besar Kedah, Mohamad Helmi Mohamad Khalid di media sosial.

Sanusi ditahan pukul 3 pagi

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook milik Sanusi, Helmi meminta orang ramai mendoakan Sanusi.

“Kita perbanyakkan doa untuk MB kita,” tulisnya di kapsyen.

Dalam video yang dikongsikan, Sanusi dikatakan ditahan kira-kira pukul 3 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu dikatakan ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Difahamkan, sebelum ditahan pihak polis, Sanusi sempat menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PN semalam (17 Julai).

Pintu bilik diketuk, 20 anggota polis berada diluar

Beliau pulang ke bilik hotel pada pukul 11.40 malam semalam sebelum pintu biliknya diketuk dengan lebih 20 anggota polis berada di luar bilik sebelum ditahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu juga akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini (18 Julai) bagi menghadapi pertuduhan dipercayai berkaitan isu penghinaan Sultan Selangor.

Sanusi didakwa sentuh isu 3R, hina sultan dan remehkan pelantikan MB Selangor

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Kedah yang mempertikai serta melanggar larangan menyentuh isu 3R (agama, bangsa, institusi diraja) semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sanusi didakwa meremahkan pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor sekaligus menghina Sultan Selangor.

@mykomnasional

Kebiadapan Sanusi terhadap kewibawaan Tuanku Sultan Selangor, permohonan maaf dari Sanusi dituntut untuk Tuanku dan kepada rakyat Selangor amnya. #MalaysiaMADANI #malaysiamadani #perpaduan #kerajaanperpaduan #rakyat #kitaselangor #arusmerahkuning #sultanselangor

♬ Cinematic Music – dN. Chandrawinata

Takiyuddin minta penyokong PAS dan PN untuk bertenang

Dalam pada itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta orang ramai khususnya penyokong Perikatan Nasional dan PAS agar bertenang dan menghormati proses perundangan ekoran dari penahanan dan dakwaan terhadap Sanusi.

“PAS mengikuti dengan cermat perkembangan kes membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang dilaporkan ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk didakwa di mahkamah hari ini.

“PAS menyarankan semua pihak, khususnya ahli dan penyokong, supaya bertenang dan menghormati proses perundangan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.