Kes Pemandu Grab Dibunuh Warga Asing Pada 2018, Ibu Bersyukur Pelaku Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

Masihkah ada yang ingat mengenai kes seorang pemandu Grab yang dibunuh oleh dua lelaki warga asing pada 21 Jun 2018 lalu?

Kes tersebut pernah menggemparkan negara sekaligus menyebabkan rata-rata rakyat Malaysia mahu nasib malang yang menimpa mangsa, Aiman Nosri, 27 tahun itu terbela.

Mahkamah jatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada kedua-dua tertuduh

Kini setelah lima tahun berlalu, akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (28 Julai) menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada kedua-dua tertuduh.

Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor memutuskan hukuman itu terhadap Sua Lay, 38, yang merupakan warga Myanmar dan Gurpreet Singh, 28, warga India selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Susulan keputusan itu, ibu kepada Allahyarham Aiman yang dikenali sebagai Nurizawati Dani, 57, memanjat rasa syukur apabila kematian anak lelakinya mendapat keadilan daripada pihak mahkamah.

Keputusan mahkamah buat ibu mangsa tenang dan mampu teruskan kehidupan.

Menurutnya, keputusan itu juga membuatkan dirinya kini tenang dan mampu meneruskan kehidupan walaupun telah kehilangan anak ketigannya daripada empat beradik itu.

“Hukuman yang diberikan adalah setimpal. Hutang nyawa harus dibalas dengan nyawa. Barulah saya akan rasa tenang dan aman.

“Setelah hari ini, saya boleh meneruskan hidup saya dan menerima keadaan yang sedia ada.

“Saya berpuas hati kepada keputusan mahkamah yang memihak dan memberikan keadilan kepada Aiman,” katanya dipetik Kosmo hari ini.

Hukuman diberi mahkamah jadi peringatan buat yang lain

Menurutnya lagi, hukuman yang diberikan mahkamah itu juga merupakan peringatan buat yang lain agar tidak melakukan perkara sedemikian.

“Ini supaya tiada lagi ibu yang lalui apa saya lalui iaitu kehilangan anak tambahan satu-satunya anak lelaki saya dan dirampas dengan cara amat zalim.

“Dibunuh dan dibiarkan seorang diri di situ. Itu membuatkan saya trauma,” ujarnya.

Mayat mangsa dijumpai dalam kereta sendiri selepas 2 hari hilang

Terdahulu, kehilangan Aiman selama dua hari sejak 21 Jun 2018 akhirnya terjawab selepas pemuda itu ditemukan mati dalam kereta Perodua Myvi miliknya di tempat letak kenderaan kawasan perumahan Selayang Baru, Gombak.

Mayat Allahyarham Aiman ditemui pada 23 Jun 2018 kira-kira pukul 8.20 malam setelah dua hari dilaporkan hilang.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dipercayai ditekup menggunakan baju-T miliknya sendiri.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago