Pasangan Tidak Muncul Dalam Mimpi, Gadis Nekad Putuskan Hubungan

Setiap manusia diciptakan Tuhan di dunia ini berpasang-pasangan. Sebelum menjadikan seseorang itu sebagai teman hidup dalam melayari bahtera perkahwinan, pastinya ada beberapa kriteria dan kaedah tertentu sebelum membuat keputusan yang tepat.

Selain daripada mengenali hati budi atau membawa pasangan berjumpa dengan ahli keluarga, buat mereka yang beragama Islam, pastinya solat istikharah menjadi antara pilihan dalam memohon petunjuk sebelum keputusan dibuat.

Lazimnya, individu yang melakukan istikharah sering mendapat petunjuk berbentuk mimpi. Namun, harus diingat bahawa petunjuk yang diberikan oleh Allah tidak semestinya hadir dalam bentuk sedemikian.

Ia boleh datang dengan pelbagai cara, antaranya seperti gerak hati dan urusan dipermudahkan ketika bersama pasangan.

Tidak Nampak Dalam Mimpi, Gadis Nekad Putuskan Hubungan

Namun, lain pula dengan sikap seorang gadis yang dikongsikan melalui kumpulan Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini.

Menerusi hantaran tangkap layar perbualan Whatsapp yang dikongsikan oleh Reza Zahrin Tarmizi di kumpulan berkenaan, gadis berkenaan bertindak memutuskan hubungan gara-gara tidak mendapat petunjuk dalam mimpi berhubung hubungannya dengan pasangan.

Foto: Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini

“Lantak la, saya tak nampak awak dalam mimpi saya. Lepas tu dahla, stop la,” tulis gadis itu.

Foto: Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini

Namun, lelaki yang merupakan pasangan gadis itu kelihatan bersungguh-sungguh memujuk teman wanitanya agar meningkatkan usaha bagi meneruskan hubungan mereka.

“Sayang, solat tu kena selalu buat. Bukannya sekali sayang buat mimpi tu terus datang. Bukan macam tu konsep dia sayang,” kata lelaki berkenaan.

Teman Wanita Dakwa Dah Solat Seminggu Minta Petunjuk

Namun, gadis itu menolak dakwaan teman lelakinya. Menurutnya, dia telah melakukan solat selama seminggu namun masih lagi tidak jumpa petunjuk yang diingini.

“Aku ada cakap sekali ke? Tak de kan? Aku buat seminggu tau,” kata gadis itu.

Foto: Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini

Namun, lelaki itu tetap berusaha memujuk gadis berkenaan agar melipat gandakan usaha dalam mendapatkan petunjuk berhubung hubungan mereka.

“Benda ini perlukan usaha, perlukan kesabaran sayang. Hari-hari kena buat sampai betul-betul nampak tanda tu sayang. Benda tu kadang-kadang tidak datang dalam mimpi,” tulis lelaki berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat agar lelaki berkenaan melepaskan sahaja gadis itu dan membina hubungan yang baharu dengan yang perempuan lain.

Malah, ada juga setengah netizen yang berpendapat perempuan berkenaan hanya menjadikan itu sebagai alasan untuk meninggalkan lelaki itu.

Lepaskan Jela, Baru Awekkan? Aku Dulu Tunang Minta Putus Pun Aku Lepaskan Tanpa Banyak Soal

Aduh Bang, Kalau Perempuan Tu Minta Putus, Putus Jela Bang

Perempuan Memang Macam Ni Bang, Tahu Tahu Ada Lelaki Lain

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

18 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago