Ahmad Zahid Mangsa Perang Saraf & Propaganda Politik – Nurulhidayah

Kebelakangan ini, Barisan Nasional (BN) telah menanggung dua kali kekalahan teruk iaitu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dahulu dan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 yang baru diadakan baru-baru ini 12 Ogos.

Susulan kekalahan itu, segelintir pihak meminta parti berkenaan khususnya pucuk pimpinan iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bermuhasabah. Malah ada juga yang meminta Zahid selaku Presiden gabungan itu untuk meletakkan jawatan.

Nurulhidayah sifatkan serangan terhadap Zahid sebagai propaganda politik

Terbaharu, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan serangan yang dilemparkan ke atas bapanya yang juga Presiden UMNO itu sebagai propaganda politik bagi menyebarkan kebencian terhadap pemimpin tersebut.

Nurulhidayah yang juga Exco Wanita UMNO Pusat itu memuat naik semula kenyataan Jusoh Gobek yang berkata ramai membenci bapanya tanpa sebab yang jelas.

“Politik adalah berkenaan perang saraf dan persepsi. Ramai aku jumpa orang yang tak suka kepada beliau (Ahmad Zahid) dan aku tanya mereka kenapa anti-Zahid?

“Mereka tidak dapat menjawab secara jelas. Paling-paling yang mereka dapat jawab adalah, Zahid ada kes mahkamah.

“Apabila mereka jawab begitu, aku katakan Mahiaddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga ada kes mahkamah. Mereka akan terdiam dan hilang punca,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Ramai benci Zahid Hamidi tanpa sebab, hanya ikut pandangan orang lain

Menurutnya, ramai orang membenci bapanya tanpa sebab dan hanya menurut pandangan orang lain tanpa memastikan kebenarannya.

“Ahmad Zahid, sama seperti Datuk Seri Najib Razak yang mana antara mangsa perang saraf dan propaganda politik. Itulah realiti sebenarnya,” katanya lagi.

Zahid Hamidi perlu letak jawatan sebagai Presiden UMNO – Penganalisis politik

Terdahulu, media melaporkan penganalisis politik Kartini Aboo mengatakan Timbalan Perdana Menteri I itu perlu berjiwa besar untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO secara terhormat untuk tidak lagi menjadi liabiliti kepada BN dan Pakatan Harapan (PH).

Jelas Kartini, krisis dalaman UMNO susulan protes terhadap Ahmad Zahid menyebabkan wujud undi sabotaj akar umbi parti itu sehingga memangkah Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

3 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

3 days ago