Tragedi Pesawat Terhempas di Elmina Kali Kedua Selepas Tempoh 46 Tahun

Semalam (17 Ogos), negara dikejutkan dengan tragedi pesawat ringan terhempas mengorbankan 10 nyawa di Elmina, Shah Alam, Selangor.

10 nyawa yang terkorban melibatkan lapan orang krew dan penumpang pesawat manakala dua lagi mangsa merupakan orang awam yang terdiri daripada penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Ini termasuk seorang Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Ketua Polis Negara Datuk Hussein Omar Khan kemudiannya mengesahkan bahawa rakaman suara kokpit (CVR) yang merupakan salah satu komponen kotak hitam pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam telah ditemui jam 10.20 malam pada 17 Ogos.

Tragedi Elmina Nahas Kedua Selepas Nahas JAL Tahun 1977 Di Tempat Yang Sama

Namun, tragedi yang menyayat hati ini bukanlah kali pertama yang berlaku di kawasan tersebut.

Sebaliknya, pada 27 September 1977, sebuah pesawat Japan Airlines Flight 715 juga pernah terhempas di lokasi yang sama.

Nahas kali pertama itu telah mengorbankan 34 orang terdiri daripada 26 penumpang dan lapan anak kapal.

Pada ketika itu, pesawat jenis McDonnel Douglas DC-8 membawa 69 penumpang dan 10 orang anak kapal terhempas di sebuah bukit di Ladang Elmina yang dipenuhi dengan pokok getah.

Difahamkan, ia sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Haneda Tokyo, Jepun dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapore setelah membuat persinggahan di Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong.

DCA Keluar Arahan Selepas 2 Jam Penerbangan JAL 715, Cuaca Buruk Sukarkan Pendaratan

Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ketika kejadian, arahan telah dikeluarkan oleh Menara Kawalan Trafik Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada pesawat Japan Airlines Flight 715 untuk melakukan pendaratan di landasan 15.

Pesawat tersebut dipercayai terbang pada paras ketinggian 750 kaki. Namun, hanya empat batu daripada LTSAAS, pesawat mula terhempas pada ketinggian 300 kaki di kawasan sekitar Ladang Elmina.

Hasil laporan DCA menunjukkan ketika nahas berlaku, cuaca berada dalam keadaan yang teruk hingga menyukarkan pesawat terbabit melakukan pendaratan.

Malah, kapal terbang itu juga berada pada tahap frekuensi radio yang tinggi hingga menyukarkan perhubungan di buat.

“Siasatan mendapati nahas ini turut berpunca daripada kesilapan juruterbang yang melakukan penerbangan di bawah ketinggian minimum hingga menyebabkan pesawat terhempas sebelum sampai ke landasan.

“Cuaca buruk yang menghalang pesawat untuk melakukan pendaratan turut menjadi faktor kepada kemalangan ini,” lapor DCA.

Sewaktu kejadian ini, turut heboh diperkatakan mengenai kisah seorang wartawan yang berjaya menyelamatkan seorang mangsa kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

18 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

19 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

19 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

19 hours ago