Semalam, negara digemparkan dengan tragedi sebuah pesawat ringan yang terhempas di bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie pada petang 17 Ogos.
Pesawat jenis Beechcraft Model 320 (Premier 1) itu membawa lapan orang penumpang termasuk dua juruterbang dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Insiden menyayat hati itu meragut nyawa kesemua penumpang dan juruterbang serta dua orang awam yang berada di atas jalan berkenaan.
Ibu kepada juruterbang Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan, Mahanom Ismail sebak mengenang kembali perbualan terakhirnya bersama arwah sebelum nahas tersebut berlaku.
“Adik sayang mama sangat-sangat,” kata arwah Shahrul Kamal, 42, kepada ibu tercinta.
Mahanom, 62, yang ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kelihatan berduka dan menahan sebak.
Menurutnya, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir mengubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.
“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (Shahrul) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.
“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’,” katanya dipetik Utusan.
Menurutnya lagi, dia akan merindui segalanya mengenai arwah memandangkan Shahrul merupakan seorang anak yang sangat manja dan rapat dengannya.
“Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, ‘mama..mama, buka pintu’.
“Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,” katanya menahan sebak.
Berkongsi mengenai kerjaya anaknya, Mahanom berkata sebelum ini dia pernah bekerja dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Etihad sebelum beralih menerbangkan jet persendirian.
Jelasnya lagi, mereka sekeluarga akan berbincang mengenai urusan pengebumian jenazah arwah dengan keluarga besarnya.
“Saya akan bincang dengan keluarga besan, sama ada pengebumian akan dilakukan sama ada di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam,” ujarnya.
Sebagai info, Allahyarham Shahrul yang sudah mendirikan rumah tangga meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia antara tiga hingga 12 tahun.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan lima daripada 10 mayat yang ditemui tidak sempurna yang berkemungkinan adalah penumpang, kru pesawat dan pemandu sebuah kereta.
Jelas Razarudin, kesemua mayat yang ditemui itu telah dibawa ke HTAR untuk proses bedah siasat dan analisis DNA (ujian asid deoksiribonukeik).
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…