Lelaki Ceroboh Rumah Nabil Ahmad, Siap Makan & Tidur Didenda RM3,000

Mahkamah Majisret Rembau hari ini (29 Ogos) menjatuhi hukuman denda sebanyak RM3,000 kepada seorang lelaki gara-gara tindakannya menceroboh rumah pelawak terkenal, Nabil Ahmad pada Januari 2022.

Majistret Kartini Kasran menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Fadzril Aqmal Abdul Anif yang berusia 31 tahun mengaku bersalah atas perbuatannya.

Malah, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Kejadian Disedari Oleh Jiran, Rumah Dijumpai Dalam Keadaan Berselarak

Ketika kejadian, adik kepada penyampai radio Era itu telah dihubungi oleh selebriti berkenaan untuk memeriksa rumah kampungnya selepas dihubungi oleh jiran pada 4 Januari 2022 jam 7.40 malam.

Nabil dikatakan tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap kemungkinan ada ahli keluarga yang datang ke rumah tersebut.

Walau bagaimanapun, pelawak itu tetap meminta adiknya melakukan pemeriksaan terhadap rumah tersebut kerana tiada sesiapa yang pulang ke rumah pada waktu kejadian.

Adik Nabil yang juga merupakan pengadu telah pergi ke rumah itu bagi memeriksa keadaan sebenar.

Setelah sampai, pengadu mendapati pintu besi dan pintu rumah telah rosak manakala ruang tamu serta tiga bilik berada dalam keadaan berselerak.

Malah, barang milik tertuduh seperti seluar trek, kad pengenalan dalam poket seluar, baju dan kasut turut dijumpai namun tiada barang berharga yang dilaporkan hilang.

Tertuduh Mengaku Bersalah

Tertuduh mengaku telah masuk ke rumah dengan sengaja tanpa kebenaran melalui cara menolak pintu dengan kuat, makan, berehat dan tidur di dalam rumah berkenaan pada 4 Januari 2022 kira-kira jam7.50 malam di Kampung Senama Tengah di Rembau.

Ekoran daripada itu, dia didakwa di bawah Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Sekiranya didapati bersalah, individu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Pak Guard Ceroboh Rumah, Siap Call & Tukar Baju Macam Rumah Sendiri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Dipecah Masuk, Warga Emas Maut Disamun Lelaki

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

16 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

17 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

18 hours ago