Sultan Selangor Titah Tindakan Dikenakan Kepada Pemfitnah Berhubung Isu Penutupan 200 Sekolah Tahfiz Di Selangor

Sekitar minggu lepas, hangat diperkatakan di media sosial berhubung isu penutupan 200 sekolah tahfiz di Selangor.

Menurut Pengerusi Sekretariat Gabungan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Selangor Datuk Nazilah Idris, dianggarkan kira-kira 200 sekolah agama di Selangor telah menerima surat amaran berhubung arahan penutupan sekolah tersebut.

Namun, dakwaan ini disangkal oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang menyifatkan ia merupakan satu tuduhan tidak berasas.

Dapat Perhatian Sultan Selangor, Anggap Ia Satu Fitnah Tidak Bertanggungjawab

Isu berhubung penutupan 200 sekolah tahfiz ini turut mendapat perhatian daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). Menurut baginda, ia merupakan satu fitnah yang amat tidak bertanggungjawab dan amat dikesali.

Malah, ia boleh mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa dan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di negeri ini.

Sultan Selangor Arah Pemfitnah Dapatkan Fakta

Menurut baginda, individu yang sering melontarkan fitnah disarankan untuk mendapatkan fakta yang tepat sebelum melakukan sebarang tohmahan tidak berasas berhubung sesuatu isu.

“Beta mahu mereka yang sering melemparkan fitnah dan tohmahan agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum melontarkan sebarang tohmahan yang tidak berasas,” titah baginda.

Institusi Pendidikan Berkualiti Merupakan Tanggungjawab Semua Pihak, Arah Tindakan Diambil Terhadap Pemfitnah

Tambah baginda, bagi memastikan institusi pendidikan berkualiti serta memenuhi hasrat ibu bapa, masyarakat dan negara dalam melahirkan pelajar cemerlang, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bagi merealisasikan hasrat ini dapat dicapai.

“Golongan ini perlu segera memberhentikan perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab ini dan andaikata mereka meneruskan perbuatan fitnah dan khianat ini, beta mohon pihak polis segera mengesan kumpulan pemfitnah ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Pada hakikatnya beta telah menitahkan agar langkah pemutihan diambil terhadap sekolah-sekolah agama dan tahfiz swasta dan persendirian yang tidak berdaftar dengan mengarahkan pendaftaran dibuat bagi memastikan sekolah-sekolah ini adalah selamat dari segi ciri-ciri keselamatannya dan mempunyai suasana pembelajaran yang selesa untuk para pelajar menimba ilmu,” titah baginda.

Sultan Selangor Seru Institusi Tahfiz Yang Belum Daftar

Pada masa yang sama, baginda menyeru agar mana-mana institusi tahfiz swasta dan persendirian yang belum berdaftar dengan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk segera berbuat demikian supaya bantuan dan peruntukan dapat disalurkan seperti institusi pendidikan Islam yang berdaftar.

“Beta juga mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan kertas kerja bagi membuat dasar dan prosedur yang komprehensif bagi pendaftaran institusi-institusi tahfiz swasta dan persendirian untuk diguna pakai di setiap negeri,” titah Sultan Selangor. 

Sebagai rekod, arahan pemutihan mula dititahkan baginda pada tahun 2019 sewaktu Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ini susulan daripada kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah agama tahfiz di Kampung Dato’ Keramat hingga meragut 23 nyawa individu.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

5 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

6 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

6 hours ago