Bapa Dakwa Guru Rotan Anak Hingga Alami Pendarahan Mata Kerana Hisap Vape Dalam Kelas

Seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa anak lelakinya telah dirotan oleh guru sehingga mengalami pendarahan di bahagian mata kanan.

Jelas bapa pelajar, Mazni Mohamad yang berusia 47 tahun dia tahu pelajar tingkatan lima yang bersekolah di Sungai Ara, Pulau Pinang itu nakal namun ia bukan cara untuk memberi pengajaran.

“Saya tahu anak saya buas (nakal) tapi bukan begini cara untuk memberi pengajaran dan nasib baik dia tak buta,” ujarnya, dipetik MalaysiaGazette.

Anak tertangkap hisap rokok elektronik dalam kelas

Menurut Mazni, pelajar itu awalnya tertangkap menghisap rokok elektronik dalam kelas sewaktu guru mata pelajaran Sains mengajar sekitar jam 12.30 tengah hari pada 14 September.

“Susulan itu, anak saya dibawa kepada seorang ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin untuk tindakan lanjut.

“Anak saya disoal siasat sebelum guru disiplin berkenaan mendakwa dia (pelajar) menipu dan bertindak merotannya.

“Bagaimanapun, rotan tersebut terkena pada bahagian mata kanan sekali gus menyebabkan dia mengalami pendarahan,” ujarnya ketika ditemubual.

Beritahu rasa sakit sebelum sedar ada kesan darah di tangan

Pelajar itu kemudian memaklumkan mengenai sakit yang dialami sebelum menyedari terdapat kesan darah pada tangannya.

“Susulan itu, guru berkenaan sedar tindakannya mengakibatkan kecederaan pada anak saya sebelum pihak sekolah membawanya ke klinik serta Hospital Balik Pulau untuk rawatan susulan.

“Saya difahamkan, mereka terpaksa rujuk anak saya ke Hospital Pulau Pinang susulan tiada pakar mata di Hospital Balik Pulau.

“Buat masa ini, keadaan anak saya stabil namun memerlukan pemantauan selama lima hari sebelum doktor memutuskan rawatan lanjut,” ujar Mazni yang merupakan pemandu lori.

Foto: Via MalaysiaGazette

Akan buat laporan polis dan berjumpa pihak sekolah

Foto: Via Harian Metro

Mazni dalam pada itu turut memaklumkan laporan polis mengenai kejadian tersebut akan dibuat.

Bapa kepada pelajar itu bersama isteri akan berjumpa dengan pihak sekolah pada hari ini (15 September) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Malaysia Gazzete, bapa ini turut mempersoalkan jika anaknya buta disebabkan tindakan tersebut siapakah yang akan bertanggungjawab mengenainya.

“Bukan benda buat main-main, benda ni kalau dekat tangan ke kaki luka lain. Ini dekat mata.

“Boleh beri impak sangat besar. Apabila dapat panggilan dari guru dia kata sikit sahaja jadi saya ingat tidak ada apalah kerana dia kata atas mata sikit saja.

“Tapi lepas tu sampai ke hospital dan bila hingga ke tahap itu maksudnya kes kritikal. Saya pun bergegas ke hospital dan bila tengok keadaan anak kenapalah jadi macam ni,” ucapnya dalam video.

Bapa itu dalam masa sama menyatakan ada had tertentu jika ingin menghukum pelajar di sekolah.

Recent Posts

  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

1 hour ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

2 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

4 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

4 hours ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

5 hours ago