‘Paling Banyak Tak Laku’ – Kediaman Harga RM500,000 Ke RM1 Juta Paling Banyak Tak Terjual

Isu hartanah terutamanya kediaman yang tidak terjual walaupun sudah siap dibina terus menjadi isu utama yang sering dibahaskan.

Ini kerana lambakan hartanah yang tidak terjual ini boleh menyebabkan beban kepada ekonomi negara.

Antara punca berlakunya isu ini adalah disebabkan nilai hartanah dengan kemampuan rakyat adalah tidak sepadan.

Kebanyakan individu sememangnya mahu membeli rumah sendiri. Namun, harga kediaman yang melambung tinggi ditambah dengan kadar kenaikan gaji yang rendah menyebabkan golongan ini sukar untuk memiliki rumah yang diimpikan.

Malah, ia juga mendatangkan kerugian apabila banyak unit yang tidak terjual dek kerana kurangnya permintaan.

Kediaman Harga RM500,000 Hingga RM1 Juta Paling Banyak Tak Terjual

Berdasarkan laporan Pasaran Hartanah Separuh Pertama 2023 yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), rumah yang telah siap dibina dalam lingkungan harga RM500,000 hingga RM1 Juta mencatatkan peratusan tertinggi paling banyak tidak terjual iaitu 32.5%.

Ini diikuti oleh kediaman yang berharga bawah RM300,000 dengan peratusan 26.8%, RM300,000 hingga RM500,000 sebanyak 25.4% dan kediaman dengan harga lebih RM1 juta ke atas sebanyak 15.4%.

Foto: NAPIC

Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Maslan, jumlah ini masih rendah jika dibandingkan dengan separuh kedua tahun 2022.

Situasi yang turut dikenali sebagai ‘overhang’ mencatatkan 26,000 unit kediaman yang tidak terjual bernilai RM18.3 bilion.

“Situasi ‘overhang’ ini sentiasa berlaku setiap tahun dan saya percaya apabila pasaran bertambah stabil, ‘overhang’ akan dapat dikurangkan.

“Namun, saya akan bawa laporan NAPIC yang juga agensi Kementerian Kewangan ini kepada pasukan Belanjawan 2024 yang akan mula menyiapkan perancangan akhir minggu ini.

“Kita akan lihat dan kaji mengenai isu ‘overhang’ dan juga kediaman untuk dibawa ke dalam Belanjawan 2024 demi kesejahteraan rakyat,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Menurut Ahmad Maslan, 58% kediaman siap yang tidak terjual adalah dari jenis kondominimum dan pangsapuri.

Johor Kekal Negeri Tertinggi Kediaman Tidak Terjual

Menerusi laporan itu juga, Johor kekal menjadi negeri yang paling banyak kediaman siap yang tidak terjual dengan 4,717 unit, diikuti dengan Selangor yang mencatatkan 4,307 unit serta negeri Perak ditangga yang ketiga dengan 3,333 unit.

Namun, kediaman jenis pangsapuri khidmat menunjukkan prestasi yang bertambah baik dengan hanya 22,000 unit bernilai RM19.13 bilion tidak terjual pada separuh pertama tahun ini berbanding separuh kedua 2022.

Foto: FB NAPIC

Yakin Pasaran Hartanah Negara Masih Teguh

Tambah Ahli Parlimen Pontian itu, pasaran hartanah di Malaysia masih teguh walaupun diuji dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Ini dapat dibuktikan sebanyak 184,000 transaksi bernilai RM85.37 bilion telah direkodkan dalam tempoh kajian.

Walaupun dari segi bilangan menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 2.1% tetapi jumlah nilai transaksi meningkat 1.1% berbanding tempoh yang sama 2022.

“Bergerak ke hadapan, pasaran hartanah akan terus kukuh dan meningkat disebabkan kestabilan politik dan juga dasar-dasar kerajaan yang lebih jelas dalam Ekonomi MADANI,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Elakkan Diri Anda Dari Jadi Mangsa Projek Rumah ‘Sakit’ Menggunakan 5 Tips ini!

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Hong Kong Dah” – Bilik Sewa Sempit Tepi Balkoni Dengan Harga RM600 Curi Perhatian Ramai

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

12 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

12 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

13 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

14 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

16 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

16 hours ago