“Tidak Perlu Kita Jolok Sarang Tebuan” – KJ Ulas Kenyataan Rafizi Rakyat Suka Makan Luar [Video]

Baru-baru ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah mengeluarkan satu kenyataan yang menarik perhatian ramai.

Beliau mendakwa bahawa rakyat Malaysia banyak menghabiskan gaji dengan tabiat makan di luar. Tambah beliau, satu per tiga daripada pendapatan bulanan rakyat Malaysia banyak diperuntukkan untuk makanan yang dimasak dan dibawa pulang.

Malah, lebih separuh makanan yang dipesan harganya boleh mencecah RM30 atau kurang terutama jika dipesan melalui aplikasi penghantaran makanan.

Kenyataan ini nyata mengundang reaksi daripada pelbagai pihak di mana ada segelintir rakyat yang tersinggung dengan apa yang dikatakan oleh Rafizi itu.

Kurangkan Analisa, Lebihkan Tindakan

Kenyataan Rafizi Ramli ini turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hingga menjadi topik perbincangannya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Sharil Sufian Hamdan menerusi siaran podcast Keluar Sekejap.

Menurut Khairy, tindakan Rafizi yang menyentuh isu tabiat rakyat makan di luar hingga menjejaskan pendapatan bulanan diibaratkan sebagai menjolok sarang tebuan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berpendapat, berdasarkan situasi semasa, rakyat hanya mahu tahu pelan tindakan dari kerajaan bagi mengatasi masalah ekonomi dan kenaikan harga barang.

“Bagi saya, ya mereka (kerajaan) perlu kurangkan analisa, lebihkan tindakan. Sudah tentu, orang akan kata, kena analisa, kena tunjuk apa sebab dan masalah-masalah struktur yang menyebabkan orang keluar makan dan sebagainya tetapi perkara ini emotif.

“Orang tengah susah dan harga barang tengah naik. Jadi tidak perlu kita menjolok sarang tebuan.

“Sarang tebuan itu (maknanya) cerita orang makan dan sebagainya, ini soalan yang sangat peribadi sekarang ini,” katanya.

“Tidak Perlu Dedahkan Buah Fikiran Jika Tiada Solusi”

Khairy juga berpendapat, seorang menteri tidak perlu mendedahkan buah fikiran sekiranya tiada solusi bagi sesuatu isu.

“Rakyat nak tengok ada pelan mitigasi atau pelan tindakan (untuk isu itu), mereka tidak mahu tengok kita tengah analisa atau proses pemikiran kita semua itu.

“Saya tahu perkara ini sebab saya pernah jadi Menteri Kesihatan masa pandemik Covid-19, jadi saya tak mahu sangat analisa sebelum kita umumkan sesuatu tindakan sama ada nak tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau memperkenalkan strategi lain untuk tangani wabak ini.

“Dalam hal ini walaupun saya simpati kepada Rafizi sebagai seorang sahabat tetapi perkara itu adil dari segi iklim politik pada ketika ini,” tambah KJ lagi.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

42 mins ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

2 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

4 hours ago