fbpx
Now Reading
Gaji Rakyat Malaysia Banyak Habis Sebab Tabiat Suka Makan Di Luar – Rafizi

Gaji Rakyat Malaysia Banyak Habis Sebab Tabiat Suka Makan Di Luar – Rafizi

Rafizi bagaimanapun menjelaskan rakyat Malaysia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam hal ini kerana tabiat itu dakwanya berpunca daripada dasar kerajaan lampau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, membeli makanan yang sudah siap di masak di luar merupakan antara perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk memasak.

Namun jika tidak dikawal, tabiat ini boleh menyebabkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat Malaysia dihabiskan bagi memenuhi kehendak tersebut.

Tabiat ini sebabkan rakyat Malaysia lebih sensitif dengan inflasi mendadak

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, amalan makanan di luar itu menyebabkan rakyat di negara ini mengalami penyusutan pendapatan sekaligus menjadi lebih sensitif dengan inflasi yang mendadak pada harga makanan yang dimasak, walaupun ketika inflasi utama telah menurun.

“Satu-satunya (perkara perbelanjaan isi rumah) yang paling anjal dan sukar untuk diturunkan sebenarnya adalah makanan yang dimasak dan dibawa pulang.

“Itulah sebabnya kita mempunyai dikotomi apabila ia berkaitan dengan inflasi, ia kelihatan sihat. Ia kira-kira 2%, 2.5%.

“Tetapi secara amnya, orang ramai merasakan ini tidak betul kerana mereka merasakan mereka tidak cukup (wang) pada akhir bulan,” katanya dipetik MalaysiaKini.

Isi rumah tempatan belanja satu pertiga daripada pendapatan untuk makanan dimasak

Menurutnya, secara purata isi rumah tempatan membelanjakan kira-kira satu pertiga daripada pendapatan mereka untuk makanan yang dimasak atau dibawa pulang.

Jelas Rafizi, lebih separuh daripada makanan yang dipesan melalui aplikasi penghantaran berharga RM30 atau kurang bagi setiap pesanan.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, perbelanjaan makanan untuk kegunaan di rumah, termasuk barangan runcit secara asasnya juga lebih tinggi di Malaysia berbanding kebanyakan ekonomi di Asia.

Rafizi dakwa tabiat ini berpunca daripada dasar kerajaan lampau

Beliau bagaimanapun berpendapat rakyat Malaysia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam hal sebegini kerana tabiat itu dakwanya berpunca daripada dasar kerajaan lampau.

Tambah Rafizi, dasar lampau itu termasuklah struktur gaji dan ekonomi Malaysia.

“Di negara lain, makan di luar dilihat sebagai perkara riadah. Kita membelanjakan lebih banyak wang untuk membeli bahan mentah, memasak, dan memakannya, sekali-sekala, kita akan keluar (untuk makan),” katanya lagi.

Dasar pengangkutan awam lemah juga punca isi rumah terpaksa membungkus makanan

Selain itu, beliau berkata dasar pengangkutan awam yang lemah juga menjadikan kebanyakan isi rumah terpaksa bertahan dengan membungkus makanan untuk dibawa pulang.

“Ia juga mengenai masa yang diluangkan oleh orang ramai untuk pergi dan balik dari tempat kerja, dan berapa banyak masa yang ada apabila mereka pulang dari kerja untuk menyediakan makanan.

“Jadi ini semua perkara yang saya fikir adalah akibat yang tidak diingini daripada banyak dasar masa lalu,” ujar Rafizi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.