Lelaki Warga Asing Tetak Anak Rakan Hingga Mati Berjaya Dicekup Polis

Sebelum ini, media ada melaporkan insiden membabitkan seorang kanak-kanak warga asing berusia 11 tahun yang maut ditetak oleh rakan bapa tirinya di Perumahan Pekerja Felda Sahabat 30, Lahad Datu, Sabah.

Ketika kejadian yang dilaporkan berlaku pada 7.30 pagi, 24 September tersebut ibu serta bapa tiri kepada kanak-kanak berkenaan telah meninggalkannya dengan suspek yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo kerana keluar bekerja.

Mayat kanak-kanak itu kemudian ditemukan dalam keadaan berlumuran darah serta terdapat kesan tetakan seperti objek tajam di bahagian belakang kepala di depan dan belakang leher dan juga putus tapak tangan kiri.

Polis berjaya tahan suspek selepas 12 jam diburu

Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis telah menjalankan operasi untuk mengesan suspek dan berjaya menahannya selepas 12 jam operasi dilakukan.

Sepasukan polis bantuan Felda telah berjaya menahan suspek yang merupakan warga asing di Kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41 sekitar jam 7 pagi, 25 September.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad sebaik sahaja mendapatkan maklumat berhubung kes terbabit, polis bantuan Felda kemudian telah menggandakan rondaan di kawasan tersebut.

“Polis Bantuan Felda berjaya mengeesan suspek yang berada di dalam keadaan mencurigakan di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah membuat tangkapan semula suspek terbabit,” ujarnya lapor Kosmo.

Suspek beritahu lokasi simpan senjata digunakan untuk menetak mangsa

Hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek yang berusia 33 tahun, dia telah mendedahkan lokasi senjata iaitu parang disimpan.

“Susulan pendedahan itu, polis menemui dan merampas sebilah parang yang berukuran 0.5 meter (m) di kawasan semak, tepi Ladang FGV PM Sahabat 41.

“Jarak dari lokasi kejadian ke lokasi tangkapan dalam anggaran 2 kilometer (km) manakala jarak dari lokasi kejadian ke lokasi senjata parang ditemui dalam anggaran hampir 2.5km. Jarak dari lokasi tangkapan ke lokasi senjata parang ditemui dalam anggaran 500m,” jelasnya lagi.

Akan dibawa ke mahkamah hari ini

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Lahad Datu pada hari ini (25 September) untuk permohonanan reman.

Dr Rohan optimis dengan kejayaan menangkap dan merampas senjata berkenaan, kes terbabit dianggap selesai.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

2 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

2 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

4 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

5 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

6 hours ago