Sebagai rakyat Malaysia, selain daripada Rukun Negara, antara perkara yang perlu diambil tahu adalah mengenai bendera negeri yang ada di negara ini.
Ia merupakan satu pengetahuan asas yang perlu diketahui oleh setiap individu kerana ia menjadi antara asas keharmonian dan keamanan sesebuah negara.
Namun begitu, tidak semua rakyat Malaysia mengingati setiap bendera negeri. Ini kerana masih ada segelintir individu yang masih lagi keliru dengan bendera negeri tersebut.
Baru-baru ini, tular di media sosial video soal jawab sebuah portal tempatan bersama pempengaruh atau influencer mengenai nama-nama bendera di Malaysia.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Twitter @twtbiy, kelihatan beberapa influencer popular diajukan soalan mengenai nama bendera negeri.
Apa yang mengejutkan adalah segelintir daripada mereka telah meneka dan memberi jawapan yang salah pada cubaan kali pertama ketika ditunjukkan dengan gambar bendera tersebut.
Malah, ada yang tidak boleh memberi jawapan yang tepat walaupun telah diberikan bantuan seperti klu dan petunjuk bagi memudahkan mereka untuk memberi soalan.
Namun, ada beberapa daripada mereka yang berjaya memberi jawapan yang betul setelah beberapa kali cubaan manakala pelakon Haris Annuarr dilihat berjaya menjawab semua soalan.
Video tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata daripada mereka kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh segelintir influencer dalam video tersebut yang dilihat seolah-olah tidak mengetahui langsung nama-nama bendera negeri di Malaysia.
Malah, ada juga yang terus mengaitkan dengan ucapan Khairul Aming ketika memenangi Anugerah TikTok Awards Malaysia 2023 bahawa menjadi pempengaruh perlukan banyak pengetahuan.
Namun, ada netizen yang menyebelahi pempengaruh terlibat malah ada juga yang berkongsi tips tentang bagaimana mahu mengingati nama setiap negeri di Malaysia.
Seorang pengguna Twitter @azdn_twitter telah berkongsikan tips bagaimana untuk mengenal bendera negeri berdasarkan visual atau pembayang pada bendera berkenaan.
Sebagai contoh, Gunung Kinabalu di bendera Sabah, pokok pinang di bendera Pulau Pinang, kalungan padi di bendera Kedah dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan:
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…