fbpx
Now Reading
‘Bukan Sekadar Untuk Viral’-Ini Nasihat Khairul Aming Selepas Menang Anugerah Di Tik Tok Awards Malaysia 2023 [Video]

‘Bukan Sekadar Untuk Viral’-Ini Nasihat Khairul Aming Selepas Menang Anugerah Di Tik Tok Awards Malaysia 2023 [Video]

Sebelum ini, Khairul Aming disebut-sebut bakal meungguli kategori utama iaitu Creator of The Year menewaskan lima pencabar terdekatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (27 Ogos) telah berlangsungnya Tik Tok Awards Malaysia 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur.

Anugerah yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia ini merupakan acara terbesar anjuran platform media sosial yang memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang dan bidang.

Terdapat 13 kategori utama yang dipertandingkan antaranya seperti Best of Beauty & Fashion, Best of Education, Best of Entertainment, Best of Foodie dan Creator of The Year.

Tepati Ramalan, Khairul Aming Menang Anugerah Creator of The Year

Sebelum ini, Khairul Aming disebut-sebut bakal memenangi kategori utama iaitu Creator of The Year. Menepati ramalan, apabila dia diumumkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut.

Dia menewaskan lima pencabar yang lain iaitu Boss James (@bossjames_eo), Auntie Purple (@auntiepurple248), Lawyer Ghandi (@lawyerghandi), Ceddy (ceddyornot) dan Sally (sallywhoo) yang merupakan pesaing terhebat.

Anggap Kemenangan Hasil Sokongan Semua, Beri Nasihat Berguna Dalam Ucapan Buat Golongan Muda

Menurut Khairul Aming yang popular dengan kandungan masakan menu bulan Ramadan itu, kemenangan yang diperolehi merupakan hasil sokongan daripada keluarga, rakan-rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya.

“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet, kalau ayah dapat tengok ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya.

Malah, KA turut memberi nasihat dalam ucapan kemenangannya kepada pencipta kandungan khususnya buat golongan muda agar tidak mengabaikan pelajaran.

“Kepada anak muda di luar sana yang nak jadi pencipta kandungan, adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran.

“Walaupun awak nak jadi pencipta kandungan, kena ingat, pencipta kandungan ini bukan sekadar untuk tular sahaja, untuk relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan.

“Pemikiran yang kritikal, penyelesaian masalah, ada adab, ada common sense. Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis pencipta kandungan yang bagus dan yang boleh majukan negara kita Malaysia,” ucap Khairul lagi.

Untuk info, Tik Tok Awards Malaysia 2023 dipengacarakan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson.

Malah, ia turut dimeriahkan oleh beberapa nama besar yang lain antaranya seperti Datuk Yusuf Haslam, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Bell Ngasri dan Amber Chia sebagai penyampai trofi.

Baca Artikel Berkaitan: Jualan Sambal Nyet Khairul Aming Cecah RM21.5 Juta, Ramai Bangga & Jadikan Inspirasi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Bawa 60 Staf Nikmati Percutian Mewah Di Hotel 5 Bintang, Langkawi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.