fbpx
Now Reading
“RM5,000 Tu” – Duit Raya Khairul Aming Buat Staf Undang Perhatian ramai [Video]

“RM5,000 Tu” – Duit Raya Khairul Aming Buat Staf Undang Perhatian ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan duit raya yang diberikan Khairul Aming kepada para pekerjanya bukanlah dalam satu jumlah yang kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui tinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita bakal menyambut Hari Raya selepas sebulan berpuasa.

Oleh itu, kebanyakan syarikat turut mengambil peluang untuk meraikan pekerja mereka dengan memberikan sumbangan dengan membeli barang perayaan dan tidak kurang juga ada yang memberikan bonus.

Khairul Aming bagi sumbangan untuk persiapan Hari Raya pada staf

Perkara sama turut dilakukan oleh influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang sanggup menutup pengoperasian kilangnya untuk meraikan 100 orang pekerja.

Menerusi video yang dikongsikan Khairul Aming di media sosial, usahawan itu telah membawa kesemua pekerja ke butik pakaian Jakel untuk membeli pakaian Hari Raya yang dilakukannya setiap tahun.

Selepas selesai membeli baju raya, influencer yang sering tampil dengan video masakan mengiurkan itu membawa stafnya ke pasar raya untuk membuat persiapan barangan raya.

Pekerja terima duit raya banyak sehingga menarik perhatian ramai

Apa yang lebih mencuri tumpuan, Khairul Aming turut menunjukkan momen kegembiraan pekerjanya apabila menerima duit raya dan berharap wang tersebut dapat membantu mereka membuat persiapan menyambut lebaran ini.

Perkara itu secara tidak langsung turut membuatkan netizen teruja kerana duit raya yang dimasukkan dalam sampul itu kelihatan banyak dan tebal.

Bukan hanya itu, terdapat juga segelintir daripada netizen cuba meneka berapakah jumlah duit raya yang diberikan oleh Khairul Aming kepada para pekerjanya.

Netizen siap teka berapa jumlah duit raya dimiliki pekerja

Malah ada juga yang meneka jumlah duit raya yang diberikan itu mungkin sekitar RM3,000 hingga RM5,000.

Tindakan Khairul Aming itu secara tidak langsung membuatkan ramai teruja kerana sebagai majikan dia mampu memberi duit raya sebanyak itu untuk menghargai usaha pekerja yang sudah bertungkus lumus menjayakan syarikat.

Tidak kurang juga ada yang bertanya sekiranya syarikat milik influencer berkenaan mempunyai kekosongan.

“RM5,000 tu. Tapi yang note RM100 tu nampak macam bukan RM5,000”
“Aku dah kira. RM5,000 ke RM6,000 sorang dapat. Lebih kurang 2-3 bulan gaji”

Dalam satu lagi hantaran lain yang dimuat naik oleh pengguna di X, terdapat juga segelintir darinya yang mempersoal adakah perkara itu perlu dijelaskan di dalam cukai baik majikan mahupun pekerja.

“Dari pihak syarikat memanglah dapat kurangkan cukai. Tapi akhirnya Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh dapat balik cukai tu dari cukai individu tu. Benda ni tak salah pun tapi ada juga yang tengok pada perkara negatif dengan tindakan Khairul Aming.”
“Tak jelaskan dekat LHDN mungkin boleh lepas. Tapi bonus ni wajib kena jelaskan zakat pendapatan”
“Majikan kena hantar e-form CP8D ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun. Dalam tu semua info ada pasal gaji dan bonus..”

Di akhir video berkenaan Khairul Aming turut membawa pekerjanya berbuka puasa di hotel dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah banyak menyokong perniagaan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet.

Pada tahun sebelum ini, Khairul Aming telah melakukan perkara sama setiap kali tibanya Hari Raya malah dia juga membawa pekerja bercuti bagi menghargai setiap keringat mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.