fbpx
Now Reading
Wanita Tegur Sikap Ibu Bapa Tak Malu ‘Spam’ Kod QR Semata-mata Nak Minta Duit Raya Untuk Anak

Wanita Tegur Sikap Ibu Bapa Tak Malu ‘Spam’ Kod QR Semata-mata Nak Minta Duit Raya Untuk Anak

Dalam hantaran sama, wanita itu turut meminta orang ramai untuk tidak menormalisasikan budaya meminta duit raya dan menunjukkan contoh baik kepada anak-anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya lebaran sudah menjadi kebiasaan umat Islam untuk berkunjung ke rumah kenalan dan sanak-saudara.

Selain berkunjungan ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bersedekah dengan memberikan duit raya kepada kanak-kanak dan juga warga emas yang memerlukan.

Seiring dengan teknologi, duit raya tidak hanya diberikan dengan menggunakan sampul sahaja sebaliknya ada juga menggunakan imbasan kod QR yang terus masuk ke akaun bank.

Dengan kaedah ini, korang juga boleh memberi dan menerima duit raya meskipun tidak berjumpa atau berjauhan. Lebih mudah kan?

Wanita luah kecewa ada ibu bapa ‘spam’ kod QR untuk minta duit raya

Namun baru-baru ini, seorang wanita telah menegur sikap segelintir ibu bapa yang tanpa segan silu meminta-minta duit raya untuk anak mereka.

Menerusi hantaran di Facebook, wanita itu menyatakan terdapat ibu bapa yang sanggup melakukan ‘spam’ di WhatsApp dengan menghantar imbasan kod QR untuk meminta duit raya anak mereka.

Apa yang lebih menjengkelkan ada yang sanggup menghantar pesanan sama setiap hari demi memastikan hajat mereka dipenuhi.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan wanita terbabit tertanya-tanya adakah individu berkenaan akan membuat perkara sama sekiranya berkunjung ke rumah orang lain.

“Duit raya ni tak perlu minta-minta orang nak bagi dia akan bagi.

“Tunjuklah contoh yang baik untuk anak-anak. Jagalah air muka suami dan keluarga lain sama,” ujarnya.

Minta untuk tidak normalisasikan budaya minta duit raya

Malah wanita itu turut meminta agar budaya meminta-minta ini tidak dinormalisasikan.

“Maaf saya memang suka memberi tapi saya tak suka orang meminta.”

Dalam hantaran itu, wanita berkenaan turut berkongsi tangkap layar memaparkan mesej individu yang meminta duit raya.

“Assalamualaikum Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh keluarga, mana tahu ada nak kongsi rezeki duit raya..” ujar individu itu.

Di ruangan komen wanita itu turut memaklumkan dia tidak berniat untuk memalukan individu berkenaan dan menjadikan perkara itu sebagai pengajaran buat semua.

Hantarannya itu turut menjadi sohor di laman X, malah ramai yang bersetuju dengan teguran wanita berkenaan.

“Duit raya tak wajib diberi tapi untuk sedekah bukan meminta hingga hilang rasa sifat malu. Ubahlah mindset jangan normalisasikan benda yang orang nak bagi ikhlas tapi terbagi rasa terpaksa”

“Sejak bila raya jadi hari untuk meminta sedekah hmm”

Hukum beri duit raya pada 1 Syawal adalah harus

Memetik laman Mufti Wilayah Persekutuan, hukum pemberian duit raya kepada kaum keluarga, serta jiran tertangga yang hadir berkunjung ke rumah pada 1 Syawal adalah harus.

Namun terdapat beberapa dhawabit seperti:

  • Pemberian duit raya tak dilakukan secara takalluf (memaksa diri) untuk memberi dengan jumlah yang besar.
  • Golongan yang menerima perlu bersyukur dengan kadar yang diberikan serta tak mengungkit sebaliknya bersyukur dan mendoakan kesejahteraan dan kebaikan pemberi.
  • Hendaklah utamakan golongan fakir, miskin serta mereka memerlukan.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.