fbpx
Now Reading
Selepas Sambal Nyet, Kini Khairul Aming Lancar Produk Baharu Telan Belanja Lebih RM2 Juta [Video]

Selepas Sambal Nyet, Kini Khairul Aming Lancar Produk Baharu Telan Belanja Lebih RM2 Juta [Video]

Menurut Khairul Aming, dia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk membeli mesin, bungkusan dan bahan mentah bagi produk kedua ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama usahawan dan influencer terkenal, Khairul Aming memang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia apabila anak jati Kota Bharu, Kelantan itu berjaya menjadi inspirasi kepada ramai orang terutamanya golongan muda.

Selepas 3 tahun Khairul Aming melancarkan produk makanan pertamanya iaitu Sambal Nyet, kini dia bakal mengeluarkan produk kedua yang diberi nama Dendeng Nyet Berapi.

Baca Artikel Berkaitan: Pembakar Semangat 2024! Ini 7 Kisah Inspirasi Sepanjang Tahun 2023

Khairul Aming ambil masa setahun untuk R&D produk baru

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, Khairul Aming berkata produk baharu ini mengambil masa lebih kurang satu tahun untuk proses ‘research and development’ (R&D).

“Kita bukan R&D resepi sahaja, kita kena R&D juga dengan mesin, dengan pembungkusan dan cara simpanan untuk pastikan produk itu bersedia bila nak dilancarkan nanti.

“Proses bermula dengan ‘blending’ campur ‘boiling’, menggoreng dan menumis berjam-jam lamanya sehingga produk itu empuk,” katanya.

Telan belanja lebih RM2 juta, Dendeng Nyet Berapi adalah produk ‘Ready To Eat’

Menurutnya lagi, Dendeng Nyet Berapi ini juga merupakan produk yang sedia dimakan begitu sahaja, selain menggunakan beg pouch sebagai bungkusan baru agar para pelanggan lebih mudah membawanya ke mana-mana sahaja.

Berkongsi lanjut, Khairul Aming berkata dia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk membeli mesin, bungkusan dan bahan mentah bagi produk kedua ini.

Difahamkan, Dendeng Nyet Berapi ini akan mula dijual secara live di akaun TikTok @khairulaming bermula jam 9 malam pada Jumaat ini (2 Februari).

“jadi kami harap anda menyukai produk ini, kita dah bekerja keras selama setahun untuk membangunkan produk ini tapi kalau ada sebarang kekurangan boleh bagitahu kita untuk penambahbaikan nanti,” katanya lagi.

@khairulaming

Produk kedua Khairulaming akan dijual secara live pada hari Jumaat (2 Feb) ini pada jam 9 malam eksklusif di TikTok Khairulaming. Kita telah ambil masa setahun untuk R&D produk kedua ini dan telah memakan modal lebih dari 2 juta ringgit untuk persiapan mesin dan renovation kilang. We hope you will like it, kalau ada kekurangan boleh inform kita untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari launching nanti 😊

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Netizen teruja dengan produk baru Khairul Aming

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial teruja dan tidak sabar menunggu hari pelancaran produk Dendeng Nyet Berapi ini.

Tidak kurang juga yang berseloroh dengan menyatakan mereka telah bersedia untuk bersaing dengan orang lain pada hari pelancaran kerana tidak ingin melepaskan peluang menjadi antara pelanggan terawal.

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Customer Tertipu” – Khairul Aming Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Ciplak Sambal Nyet

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.